10 point menarik dibelakang tabir Into Taqwa With Mizz Nina


Kuasa media sosial sangat besar.

Pada zaman ini, semua mahukan fast info and fast comment.

Jadi sesebuah berita atau info nampak lebih terkesan dengan penyebaran melalui media sosial.

 

Di sini saya kongsikan 10 point menarik ketika rakaman program Into Taqwa With MizzNina antaranya :

  1. Proses rakaman bermula seawal 9.00pagi sehinggalah adakalanya sampai ke Maghrib. Jadi MizzNina seorang yang sangat particular dengan soal solat. Dia akan sentiasa bertanya jam berapa recording akan tamat, ada suatu ketika dia bagi hint bahawa waktu solat hampir habis. Dan saya terus minta dia mengambil air sembahyang dan solat! Tidak mahu dia tidak selesa dan mahu urusan solat diselesaikan dengan segera.
  2. Panel antarabangsa seperti Sheikh Daood Butt, Sheikh Yahya, Sheikh Issam Rajab dan lain-lain memiliki disiplin. On time! Tiada delay dalam semua hal termasuklah calltime untuk rakaman setiap topik!
  3. Antara pekara segmen favorite MizzNina, penerbit dan panel jemputan tentunya segmen spoken word. Dan ke semua spoken word yang dibuat adalah fresh maksudnya tidak pernah dipersembahkan dimana-mana event ataupun program TV.
  4. Spoken word by Altimate dibuat istimewa hanya untuk program ini. Dan ketika dirakamkan spoken word ini masih tidak mempunyai judulnya. Tersentuh sungguh mendengar spoken word Altimate ia menceritakan mengenai perjalanan jiwa dan seninya. Pada hari recording saya mendengar MizzNina berborak dengan Altimate, dan MizzNina berseloroh dengan menyatakan bahawa ‘sorry calltime terlalu awal, iaitu 9.00 am dan somemore lokasi pengambaran jauh di Putrajaya’. Altimate menjawap dia bangun seawal jam 6.00 pagi. Dalam hati saya tentunya dia tidak pernah lewat solat Subuh.
  5. Spoken word by Fynn Jamal berjudul ME. Sangat menyentuh hati, ketika rakaman ini dia menangi dan menyesali dosa-dosa yang dilakukan. Antara yang saya masih ingat adalah spoken word dia adalah, saya beli apa sahaja pakaian dan perhiasan semuanya untuk kelihatan updated dan kelihatan mahu membeli pandangan manusia, tapi akhirnya dia sedar ini hanyalah dunia semata. Segmen ini diakhiri dengan titisan air mata MizzNina dan selang beberapa minit sebelum habis spoken word MizzNina dan Fynn berpelukan. Aku hampir menitis air mata ketika rakaman ini. Melihat kepada penghijrahan dua orang selebriti ini menjadikan aku sedar bahawa tiada apa yang hendak dikejar di dunia. Yang kita harapkan ialah ketenangan dunia dan redha Allah SWT.
  6. Owh ya ketika segmen bersama Prof Muhaya bertajuk Back To Basics, Fynn Jamal juga menangis dibelakang tabir. Ini kerana Prof Muhaya memperingatkan kita bahawa jangan dengan perbuatan atau perilaku kita menyebabkan orang lain masuk neraka. Menitis air mata Fynn.
  7. MizzNina juga tidak gemar bermake up terlalu tebal ketika rakaman dijalankan.
  8. Selain itu MizzNina juga sangat teliti dengan soalan-soalan yang dikemukakan.Ada juga soalan-soalan yang diubah agar dilihat ‘soft‘ dan mempunyai impaknya yang tersendiri.
  9. Pengacara program ini juga sangat menghormati semua panel-panel yang dijemput, suatu ketika kebimbangan dia ketika pihak penerbitan mahu memanggil beberapa orang penceramah antarabangsa agar impak program ini lebih baik. Namun MizzNina menyatakan agar bertanya dahulu adakah penceramah ini selesa berada dipentas bersama dengan dia sebagai pengacara sahaja. MizzNina mahu agar penceramah ini dihormati dan menjaga santun. Jadi pihak penerbitan menyediakan beberapa panel agar talkshow ini kelihatan seperti sesi halaqah dan soalan-soalan disediakan agar panel jemputan lain kelihatan juga mengambil bahagian ketika rakaman.
  10. Setiap reverts yang dipanggil ke studio tentunya mempunyai cerita dan pengalaman hidup yang tidak semua daripada kita mampu melaluinya! antaranya ada yang dibuang keluarga sehingga ke hari ini kerana memeluk Islam.

Semoga program ini memberi manfaat kepada kita semua.. sekarang program ini sedang menjalankan musim ke-2 bersama Aliza Kim dan MizzNina.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s