Dua tiga minggu ini kecoh mengenai ceramah Dr.Zakir Naik yang kena banned dan kemudian diberi keizinan pula menyambung ceramahnya di Malaysia pada bulan ini.
Personally sebelum ini, aku ada mendengar ceramah Dr.Zakir Naik di Youtube, hebat penceramah dari India ini.
Dia bisa menjawap pelbagai persoalan daripada mereka yang hadir di dalam ceramah.
TV Alhijrah antara stesen yang memberi platform kepada program Dr. Zakir Naik untuk bersiaran. Bagi netizen yang suka mengkritik Dr. Zakir Naik, sila mendengar ceramahnya di Youtube. Anda pasti akan salute kepada dia.
Selain itu Safiey, seorang milionaire dan hanya berumur 22 tahun, menukar semula fitrah semula jadi kepada lelaki. Respect. Bukan senang. Antara temuramah yang masih aku ingat Safiey menyatakan bahawa semua benda dan harta dia dah merasa. Tetapi adakah dia mempunyai kedudukan disisi Allah SWT ketika dia menidakkan kejadian tuhan. Dan disini dia berubah.
Nyata, perjuangan dakwah dan jiwa kita berbeza-beza.
Tapi setiap daripada kita tahu, jalan kehidupan kita semuanya menuju mati.
Bak kata Ust Kazim Elias, banyak dalam surah Al Quran, tuhan menceritakan kisah mati kerana persoalan mati adalah persoalan penting.
Ini kerana apabila mati, kita tidak lagi berpeluang untuk berbuat kebaikan.
Semoga safiey yang bijak ini terus istiqomah. Kerana bukan mudah berperang dengan hati dan perasaan. Antara dua pekara ini tentulah syaitan akan menyesatkan kita supaya kita teragak-agak memilih jalan benar.
Tammat.