Carian Google Search 2020 Tertinggi Di Malaysia


Masih belum terlewat untuk melihat trend pencarian apa tertinggi di Google Search. Pekara ini mungkin tidak penting bagi sesetengah orang. Tapi penting untuk mereka yang dalam kategori Content Creator dan orang Media. Juga buat mereka suka membaca info yang bermanfaat kepada mereka. Tahun 2020 dikatakan adalah dream year. Buat mereka yang lahir pada zaman pemerintahan Tun Mahathir pada masa dia menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke -4, tahun 2020 digambarkan satu tahun yang mana Malaysia sudah berada di dalam kategori negara maju. Dan perlambangan kereta terbang itu salah satu gambaran bahawasanya tahun 2020 adalah tahun yang dinanti-nantikan. Namun tahun 2020 dan nampaknya sehingga tahun 2021 COVID 19 menyerang dan kita masih belum menang. KKM sedang dalam usaha mencari sukarelawan untuk mengambil vaksin Covid 19. Ini mungkin juga vaksin ini vaksin baru, jadi ramai yang memilih untuk melihat keputusan kebaikkan vaksin ini.

Kembali kepada topik asal 2020 year in search. Data ini telah dikeluarkan oleh Google Trends. Ia adalah satu sistem melihat trend pencarian paling banyak sepanjang tahun. Terdapat pelbagai kategori yang telah dibahagikan. Antaranya ialah Carian, Resepi, Gajet, Bantuan Kewangan, Berita, Covid 19, Orang dan Sukan.

Inkues Adib Yang Ditunggu


Adib

Kes Adib menjadi mendapat perhatian semua masyarakat.

Apakah penyebab kematian anak muda ini?

Aku sendiri berfikir sendirian. Sedihnya alahai meninggal sewaktu bekerja. Ikut hukum arwah ini meninggal syahid kerana dalam bekerja.

Tujuan asal menyelamat dan memadam api bagi meredakan ketegangan di kuil itu, akhirnya membuatkan dia meninggal dunia akibat perbuatan manusia yang hilang kewarasan. Dan tenggelam dalam api kemarahan.

 

Agama mana yang mengajarkan erti keganasan. Agama mana yang tidak mencintai keamanan. Jika sekalipun agama pegangan kita diancam.. diburukkan … atau dicabar… jalan terbaik bukanlah merusuh, pasti ada jalan keamanan dan keadilannya.

Kerana dengan merusuh pastinya ada harta benda yang rosak, kecederaan buat mereka yang tidak bersalah. Jadi kes Adib ini sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan masyarakat pelbagai agama kerana Adib bukan datang untuk menentang arus. Dia sedang dalam tugasan.

Mungkin dia juga ketika itu cemas melihat kehadiran manusia yang ramai, yang marah, yang menjerit-jerit langsung disambung dengan api yang marak dilakukan oleh manusia yang ganas dan hilang rasa sabar.

Jika aku yang ditugaskan ke lokasi kejadian, aku juga mungkin tidak menyangka aku akan terlibat dalam kemalangan jiwa. Sedang ketika itu darah masih muda dan banyak lagi harapan dan masa depan yang mahu dibina. Apa rasa jiwa kita?

Keputusan Inkues hari ini memberikan jawapan yang adil. Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua orang yang tidak dikenali.

30 saksi telah dipanggil sepanjang inkues.
Mahkamah menerima teori bahawasanya Adip adalah mangsa rusuhan. Perusuh menendang pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang mengena dada Allahyarham sehingga menyebabkan Muhammad Adib tersepit.

Menurutnya, saksi itu memberitahu, Muhammad Adib sekali lagi ditarik dan perusuh kemudian menerajang pintu EMRS yang mengenai tangannya hingga menyebabkan luka seret.

Teori terpelanting yang sebelum ini dikemukakan oleh  Dr. Ahmad Hafizam Hasmi ditolak sepenuhnya.

Selain itu  kegagalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal rusuhan juga antara faktor kepada kejadian ini.

Di akhir keputusannya, Mahkamah Koroner menyerahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Peguam Negara untuk teruskan siasatan dan menjalankan pendakwaan sekiranya wajar.

Amanlah Adib disana…. Al Fatihah.

Best Cendol In Melaka


Tu dia cendol special dan viral di Melaka.

Cendol special ini ada 12 jenis toppingnya ada mangga, buah naga, buah kabung, longan, durian dan banyak lagi.

Cafe yang terletak dipinggir Sungai Melaka yang telah dinaik taraf oleh kerajaan negeri Melaka dan berdekatan dengan Masjid Kg Hulu mudah untuk dicari.

Agak sedikit terbelakang cafe ini. Namun bila parking kereta dan jalan dalam 15 langkah menuju ke Sg Melaka anda akan nampak ramai beratur nak beli Cendol ini.

Bukan sahaja persekitaran yang indah namun lukisan mural yang ada juga membuatkan gambar anda yang nak diupload dlm IG pun cantik!

Anda juga akan nampak bot pelancong yang lalu lalang menyusur Sg Melaka.

Jap bukan cendol sahaja yang ada. Macam-macam makanan tang dijual. Satay..Western food dan goreng-gorengqn pun hado!

Apa lagi waze Cendol Kampung Hulu dan enjoyyy the food !

Pengalaman Hamil Minggu ke 12


Yup. Ini pengalaman anak ke-2.

Ada beza.

Memang benarlah bak kata orang setiap kehamilan tidak sama. Kalau anak pertama setiap kali check up suami akan teman.

Laa ni anak ke 2 suami dah tak teman. Gigih sendirian. Mahu berdikari. Dan tidak mahu mengganggu masa bekerja suami. Biarlah dia fokus kerja dia.

Pengalaman kali ini beza. Ini kerana mengikut pembacaan aku simpton morning sickness akan kurang pada minggu ke 12. Ya benar. Aku sahaja tidak muntah sudah masuk hari yang ke tiga.

Perbandingannya dahulu aku akan muntah dalam kereta, keluar kereta, sampai office, dalam office dan sehinggala sepanjang perjalanan balik rumah.

La ni alhamdullilah. Cuma minggu ke 12 ini buat check up HB aku 9.6. Rendah. Normal 11.

Nurse nasihat kalau rendah sampai 7, aku akan diletakkan dalam red zone. Maksudnya merbahaya sebab oksigen tidak cukup untuk aku dan baby! Worse case scenario sehingga boleh menyebabkan kematian baby! Omg! Minta dijauhkanlah.

Amalan Baik


SELESA DI ALAM KUBUR

Baru-baru ni saya ada dengar ceramah Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.

Amalkan 3 perkara ni:

1. Baca Alquran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Kawan-kawan,

Saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa.

Tapi tulah, dah bersediakah kita?

@Mutiara_Kata

Diari Hamil : 10 Minggu 6 hari


Pada minggu ini morning sickness semakin teruk. Jika aku baca article pregnancy ada memyatakan bahawa morning sickness akan berlaku sehingga minggu ke 16. Dan ada yang akan berakhir juga pada minggu ke 12. Jadi kalau minggu ke 12, aku pastinya happy sebab lagi seminggu nak masuk minggu ke 12! But yet aku tidaklah high hope sangat sebab 1st pregnant aku morning sickness sehingga bulan ke 7! Ini disebabkan HB yang rendah dan aku pengidap Talasemia Alpha. Jadi kejadian muntah selalu, nafas laju dan berpeluh dan worse case pitam mudah akan berlaku!

Hari ini paling worse muntah hampir 8 kali. Maybe sebab makan lambat dan ada makanan buatkan kepala aku sakit. Menu hari ini simple sambal sardin, ikan bilis goreng dan telo kurma! But aku muntah bagai nak rak! Berpeluh-peluh dan sakit kepala! Damn!

Akhirnya aku makan panadol dan tido. Jadi aku fikir makanan ini kena avoid maybe meningkatkan darah tinggi mungkin!

Apakah faktor penyebannyq.. aku pun dalam persoalan!

Ops lupa nak bagitau mommy diluar sana, Anda boleh download Apps Pregnancy + sebab menarik. Anda boleh melihat perkembangan bayi anda setiap minggu. Dan juga pelbagai info yang anda akan perolehi untuk bahan bacaan ibu hamil. Really good for you!

Nahhh ni gambar baby yang Apps ini buatkan untuk baby saya! Menarik bukan! Hingga kakaknya punya tengok Apss ni dan say hello pada adik dia. Cuma pertanyaan kakak umur 5 tahun ini kelakar. Dia kata kenapa adik tido aja! Dan kenapa adik tu ada tali. Haha Puas juga aku menjawabnya!

Owh Apss ni calculate 2 July 2019 adalah tarikh due date aku! Seram jugaaalah!

Yes! Im pregnant


Saya mmg expecting untuk ada 2nd baby setelah anak pertama sudah mencapai umur 5 tahun.

Jarak 5 tahun ini ramai kata terlalu lama untuk bagi dia adik. Tapi bagi yang hendak mengadap semua pekara iaitu SAYA hehe tentulah, situasi sekaramg lebih baik.

Anak sulung lebih memgerti keadaan mommy dia yang sedang dalam trimister pertama!

Last week check up buat scan aku sudah minggu ke 7 dan nak masuk minggu ke 8 hujung minggu ini. Morning sickness juga tersangat kurang daripada kehamilan pertama. Mungkin aku pandai bawa badan.

Sebab tipsnya makan kena ONTIME dan jangan biar perut lapar. Jika lapar perut akan bergas dan berlakulah muntah sampai keluar air mata.

Minggu ini aku hanya akan rasa loya sebelah petang. Maybe aku perlu makan finger food maybe. Aku juga tidak lagi muntah dioffice, dalam kereta dan tidak mabuk. Alhamdullilah.

Cuma mommy diluar sana jangan lupa makan asid folik yang amat berguna buat baby anda!

Owh wait! Bagi yang nak buat pregnancy test, ada sedikit tips. Macam brand yang saya beli tu ada dua jenis. Untuk yang regular period dan irregular period. Jadi pilih yang mana anda di dalam kategori yang mana ya!

Anyway happy mommy means happy family ya ! Adios!

Bajet 2019: Robin Hood?


Bajet 2019, hapus kleptokrasi kembalikan Robin Hood

Hutang dan komitmen kewangan negara sebanyak RM1 trilion akan terus menyelubungi persekitaran ekonomi negara. Samada debat mengenai isu hutang negara RM688 bilion atau sebenarnya RM1 trilion kekal jadi permainan persepsi antara kerajaan dan pembangkang; namun, suasana tekanan keperlahanan ekonomi sudah lama dirasakan rakyat.

Bajet 2019 memang dinanti-dinanti. Walaupun seminggu menjelang tarikh pembentangannya pada 2 November ini, anehnya jadi isu paling kurang diperkatakan.

Media massa masih terperangkap dengan fokus melaporkan pelbagai kes-kes pendakwaan salah laku rasuah dan pembersihan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan konco- konconya.

Isu tiga cadangan cukai baharu yang bertemakan Robin Hood agak kurang diperkatakan. Kerajaan mengumumkan mengenai usaha memperkenalkan cukai warisan, cukai pemilikan hartanah berlebihan dan cukai modal perniagaan.

Ia tiga cukai yang kurang diperjelaskan atau kurang diberikan perhatian oleh media massa. Justeru, masyarakat awan kurang kefahaman mengenai cukai ini. Respons ahli ekonomi juga terbatas. Cuma, Najib

ini. Respons ahli ekonomi juga terbatas. Cuma, Najib Razak memberi respon, cukai terhadap keuntungan saham akan menyebabkan pelabur asing menjarakkan diri dari Bursa Malaysia.

Namun, ketiga-tiga cukai dianggap bermulanya era Robin Hood dalam persekitaran ekonomi negara. Secara mudah, ia bererti ‘orang kaya kini tidak lagi menjadikan negara ini mesin mencetak keuntungan tanpa dikenakan cukai.

Fokus utama tentunya pada kapitalis saham yang rakus mengaut untung di Bursa Malaysia tanpa sesen pun dicukaikan.

Rakyat macam kepenatan untuk memutarkan otak memikirkan impak cukai jenis Robin Hood ini. Apakah kaedah percukaian ini dan berapa banyak hasil akan diperolehi kerajaan apabila diperkenalkan? Atau, mampukah cukai ini menampung kemerosotan RM23 bilion pendapatan negara apabila GST digantikan SST pada September lalu.

Menteri kabinet pelbagai kementerian juga seperti tidak berani membuka mulut memberikan tips dan hala tuju Bajet 2019 serta komitmen kementerian masing-masing. Tiap butir bajet yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat ini kekal misteri. Hampir tiada ramalan mengenai tema bajet kali ini diperkatakan.

Pakar Ekonomi Syariah, Dr Zaharudin Abdul Rahman memberikan tips, suasana bajet kali ini ada kecenderungan kurang popular di kalangan rakyat terutama penjawat awam.

Apa lagi, ini bajet pertama Kerajaan Pakatan Harapan dalam mengekang pelbagai masalah kewangan yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional. Keadaan kewangan masa kini tidak mungkin menjadikan Bajet 2019 meriah dalam konteks bonus dan kenaikan gaji.

Namun, sebagai pakar ekonomi yang berjiwa rakyat, Dr Zaharuddin dalam wawancara di TV3, menekankan pentingnya rakyat marhaen B40 diberikan perhatian. Isu golongan berpendapatan rendah jadi keutamaan.

Tema Dr Zaharuddin – rakyat bawahan perlu menjadi jadi topik penting. Namun, masyarakat juga harus waspada. Budaya sejak berdekad lalu, dalam bajet demi bajet, sindrom pemberian gula-gula pada B40 tidak mungkin berterusan.

Pada 2013, Dr Zaharuddin pernah mengkritik kerajaan BN dengan menyifatkan bajet gula-gula melalui pelbagai inisiatif popular seperti BR1M hanya bersifat semasa. Ia lebih kepada umpan pilihan raya dan bukan pelan jangka panjang menyusun kualiti hidup rakyat B40.

Isu Miskin Bandar

Pada 27 Oktober tahun lalu, Najib selaku Menteri Ke‐ wangan mengumumkan bajet bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat Menuju Aspirasi TN50.

Bajet yang dianggap bersifat gula-gula pilhanraya kerana disertai dengan pelbagai inisiatif termasuk BR1M dan wang ehsan penjawat awam. Walaupun banyak gula-gula, BN tumbang juga pada 9 Mei lalu dalam PRU 14.

Bajet tersebut membabitkan peruntukkan RM280 bilion.

Lima bulan selepas bajet itu diumumkan, negara gempar sekejap dengan laporan UNICEF yang mendedahkan tahap nutrisi kanak-kanak di negara ini sangat kritikal. Malah, lebih kritikal berbanding Ghana.

Ia mencetuskan debat. Fakta Unicef dianggap sabotaj terhadap BN menjelang pilihan raya. Sedangkan dunia maklum, UNICEF tiada kepentingan apa-apa dalam mengeluarkan laporan tahunannya.

Sekadar ingatan kepada pemimpin PH. Turunlah ke Jalan Chow Kit dan sertai misi bantuan makanan yang dianjurkan pelbagai NGO di negara ini. Pasti ada kejutan besar.

Bahawa 70 peratus penerima bantuan makanan yang berbaris setiap malam ialah penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat sekitar Kuala Lumpur.

Satu kejutan kerana rakyat Malaysia B40 dalam kategori miskin bandar, kini terpaksa mendapatkan bantuan makan malam daripada NGO kerana krisis ekonomi yang teruk.

Percayakah PH, penduduk miskin di ibu kita berbaris bagi menyelamatkan kos menyediakan makan malam untuk keluarga sekitar RM20 semalam – semata-mata kerana kesempitan hidup.

Matematiknya mudah: kalau dapat menyelamatkan RM20 sehari, bererti angkanya RM600 sebulan. Ia penjimatan besar bagi keluarga yang berpendapatan RM1500 sebulan.

Selain janji bulan bintang, Bajet 2019 harus kembali ke bumi kenyataan. Rakyat miskin sedang kelaparan!

#artikelzainalrashidahmad

Benefits Hadir Majlis Ilmu


Banyak kelebihan buat mereka yang sering hadir majlis ilmu. Itulah taman syurga dunia. Mencari bekalan untuk dibawa disana satu pekara yang sering kali kita lupa. Mungkin disebabkan sibuk bekerja, sibuk mengurus itu dan ini, sibuk bisnes, sibuk buat promosi, sibuk juga mengkritik atau netizen yang sibuk duk comment page atau FB atau IG orang lain.

Salah pernilaian alangkah berdosanya kita. Kita jangan mengambil peranan malaikat untuk menentukan perbuatan mana yang betul atau salah. Sebagai manusia kita diwajibkan memainkan peranan mencari kebaikan untuk diri sendiri.

Bukanlah mencari hal dunia sahaja. Di usia ini, saya merasa banyak waktu lalu saya tidak manfaatkan. Saya terlalu mencinta kerja… terlalu membuat pekara yang sia-sia. Sebagai contoh straighten rambut yang harganya ratus-ratus. But yet alangkah bagus duit itu disimpan untuk masa hadapan. Namun pada masa itu saya hanya berfikir ingin memiliki rambut yang cantik, lurus dan sedikit bercolor.

Dimasa ini saya akan cuba manfaatkan masa. Saya tidak mahu menjadi manusia yang mensia-siakan masa. Merenung surah Al Asr- sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mengambil ayat ini dan dipraktiskan dalam kehidupan, saya pasti kita sentiasa mencari masa untuk mengenal sang pencipta kita.

Oklah dibawah ini beberapa benefits buat mereka yang secara langsung hadir majlis ilmu.

1 – Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.

2 – Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.

3 – Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.

4 – Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.

5 – Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.

6 – Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.

7 – Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifarahkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.

#benefits #gooddeeds #masjidkemasjid

Kuasa Sedekah


Semoga tulisan ini memberi inspirasi kpd kita semua :

Jika seseorang itu memberi *sedekah*, dan dia tahu bahawa *sedekah* nya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan² *sedekah* itu ?

_Perhatikan nombor 17 hingga 19_

Rujukan dari hadits²…

1. *Sedekah* adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT,

2. *Sedekah* ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang,

3. *Sedekah* akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi api neraka jahanam,

4. *Sedekah* mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah *sedekah* dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari *sedekah* tersebut,

6. *Sedekah* mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,

7. *Sedekah* adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT,

8. *Sedekah* boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

9. *Sedekah* mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

10. *Sedekah* adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

11. Orang² yang memberi *sedekah* ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT,

12. Orang yang memberi *sedekah* dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah,

13. Orang yang memberi *sedekah* adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi *sedekah* adalah perbuatan yang mulia,

15. *Sedekah* mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah,

16. *Sedekah* mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

*17. Sedekah* mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup,

18. *Sedekah* adalah obat,

*19. Sedekah* mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas &

20. *Sedekah* ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang² atau burung².

Yang terakhir sekali…..

_*Sedekah* yang paling baik adalah jika anda membagikan pesan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah…_

dengan cara bkongsi tulisan ini kita akan mendapat bahagian pahala *sedekah*,

Jika yg membaca tulisan ini tergerak hatinya untuk bersedekah…inshaa Allah

Semoga bermanfaat!🕌🕋