Into Taqwa With MizzNina


Alhamdullilah.Bersyukur majlis pelancaran berjalan dengan lancar.

MizzNina

Terima kasih kepada rakan media yang datang dan write up yang dikeluarkan dionline media dan print media. Tidak lupa kepada rakan bloggers yang juga sporting datang ke majlis yang dilancarkan di Talent Lounge. Tidak dilupa En Syahril A.Kadir yang sudi datang. Thank you bang. Jasamu dikenang.

Tentunya aku sendiri teruja untuk memperkenalkan program ini. Masakan tidak nama- nama besar yang berdakwah akan dirakamkan dengan topik-topik yang catchy.

Ini antara write up yang dipaparkan oleh online media.

Selepas mengendalikan beberapa program berunsur islamik, kini Mizz Nina buat kali pertamanya bakal tampil sebagai hos menerusi sebuah lagi rancangan baharu berjudul Into Taqwa With Mizz Nina yang bakal bersiaran setiap Ahad, jam 2.00 petang bermula 20 Mac ini menerusi siaran TV Alhijrah.

Apa yang menariknya, ia adalah rancangan temu bual pertama yang diterbitkan dalam bahasa Inggeris.

Berkongsi pengalaman kali pertama bergelar hos, pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 36, ini memberitahu idea ini adalah cetusan daripada pihak stesen TV Alhijrah yang bekerjasama dengan organisasi Into Taqwa.

“Alhamdulillah, pihak stesen televisyen memberi saya peluang untuk mengemudinya sebagai hos. Selalunya saya yang akan di temu bual, tapi kali ini ia berbeza.

“Program ini adalah cetusan idea daripada TV Alhijrah sendiri dan ia melibatkan organisasi Into Taqwa di mana saya sebagai dutanya.

“Untuk pengetahuan semua, Into Taqwa sebenarnya telah aktif sejak beberapa tahun lalu dengan aktiviti dakwah di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah,” katanya ketika ditemui pada sidang media Into Taqwa With Mizz Nina di Talent Lounge, Damansara Perdana, kelmarin.

Memandangkan inilah kali bergelar hos, Nina akui masih banyak perkara yang perlu diperbaikinya.

“Sebagai seorang yang baharu dalam bidang pengacaraan, cabaran utama bila saya harus mendengar arahan pengarah sambil menemu bual panel jemputan.

“Jadi dalam situasi itu, saya harus sentiasa peka dengan apa yang berlaku sepanjang rancangan tersebut dirakamkan.

“Selain itu, sepanjang menjalani proses rakaman, saya tidak mahu ia juga mengganggu tuntutan saya untuk menunaikan solat tepat pada waktunya kerana itulah keutamaan saya. Insya-Allah, saya akan lebih menyesuaikan diri,” ujarnya yang sedang merancang untuk mengeluarkan sebuah album puisi yang dijangka dilancarkan tahun ini.

Selain mengetengahkan Nina sebagai hos, Into Taqwa With Mizz Nina turut menampilkan barisan tokoh Islamiah seperti Sheikh Daood Butt, Muslim Belal, Sheikh Issam Rajab, Haleh Banani dan Dr. Mona Yati Md Kassim dalam mengupas isu-isu yang diketengahkan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s