Cetusan Rasa 1


( Cetusan rasa minggu ke-39 kehamilan)

Menurut babybump apps ini masa yang sesuai untuk menulis sesuatu kepada bayi anda. Jadi saya pun ambil kesempatan menulis sedikit nota  kepada si Yona ini.

Dear Yona,

Mmy harap Yona sihat dan membesar dengan baik di dalam perut mmy.

Perut mmy yang dulunya banyak lemak sekarang sudah tidak nampak lagi sebab Yona sudah ada di situ. Semakin hari Yona semakin kuat menendang. Yona buat berenang kupu-kupu ke?

Untuk persediaan menyambut Yona, mmy dah beli baju dan pelbagai barang lain. Cuma barang besar aja tak beli lagi mcm bby court ataupun bby car seat. Nanti dah keluar mmy belikan ya!

Mmy harap Yona besar jadi anak yang baik.Anak yang tahu menilai baik dan buruk, anak yang tahu membuat keputusan-keputusan besar dalam diri.Juga anak yang bijak memilih jalan terbaik antaranjalan berliku.

Yona kena faham bahawa cabaran hidup masa kini sangat besar, Yona kena bersaing untuk mendapatkan yang terbaik untuk diri sendiri. Insya Allah mmy and ddy akan berikan segala yg terbaik dari pelbagai aspek. Mmy sgt sygkan yona… Tiada kata-kata dpt mmy gambarkan perasaan mmy.

Jika Yona keluar, Yona janganlah nangis kuat-kuat sangat ya..hehehe..yona jd bby comel yang faham bahasa ya…

Anyway sayang mmy smpi ke syurga nanti… Syg ddy juga.

Ramai yang tak sabar nak tunggu yona…. Mereka kata nak jumpa Ina jr.. Hehehehe..

Meniti minggu akhir nie sbnrnya mencemaskan mmy namun perasaan gembira itu memadamkan segala kesakitan. Ini kerana Yona akan ada brsama mmy , menemani mmy dlm susah ataupun senang… Memberi mmy sinar baru falam kehidupan mmy n ddy.

Anyway mmy sgt syg Yona…..same goes with ddy… Heyyy ddy got alot of game to show you…ddy got senapang juga leh tembak2…nti yona jgn berebut dgn ddy tau..Yona ambik aja game ddy tu… Hahahaha.. Mmy suka!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s