Sudah dua minggu saya bekerja.
Buat masa ini, apa yang ingin saya katakan ialah menjadi seorang ibu sesuatu yang sangat hebat. Hebatnya ialah tidak mengira masa dan ketika, difikiran hanyalah anak.
Walau demam, saya gagahkan juga bangun untuk menyusukan anak.
Dan pekara berpantang saya lalui dengan sabar. Saya hanya tidur hanya dua jam sehari dan sehingga hari ini saya tidak pernah berkira masa tidur saya.
Kerana purata tidur hanyalah 4 jam sehari. Ketika diminggu-minggu terakhir saya hamil berat saya ialahh 80kg. Dan sekarang berat saya 55kg.
Ini penangan jaga anak dan tidak cukup tidur dan makan. Hasilnya kurus kering saya dibuatnya.
Benarlah kasih sayang ibu hingga ke syurga.
Dalam kisah gembira , saya dan warga kerja di sini kehilangan bos besar. Datuk Bukhari Che Muda.
Tidak banyak memori antara saya dengan dia. Cuma dia sentiasa positif di dalam setiap cadangan yang diutarakan di dalam tajuk-tajuk yang akan diterbitkan di dalam program Majalah Islam.
Akhir kata. Tenanglah dikau di sana. Saya juga pasti akan ke sana. Al Fatihah.