Selamat petang…hari nie saya sudah 36 minggu membawa si kecil di dalam perut. Dua minggu kebelakangan ini jika si kecil menendang atau dia buat strectching mesti akan terkejut sebab tendang atau gerakan yg dia buat sudah sgt terasa ya! Anyway its a good sign yg dia aktif brgerak.
Hari ini sudah hari ke empat berpuasa. Saya juga gigih berpuasa. Walaupun membawa kecil namun menurut doc bby tidak terjejas jika berpuasa walaupun hampir 10 jam tidak makan dan minum. Ada yg bertanya kenapa berpuasa, sedang bby sudah besar dn mahu membesar. Bagi saya pekara ini perlu untuk mendidik dari dalam perut lagi tentang hukum tuhan dan sikap sabar.
Selain itu ada baiknya saya berpuasa kerana jika saya terus makan dan makan bby akan membesar dan susah nak keluar nanti.
Minggu lalu, berat saya dalam seminggu naik tiga kilo dan bby sudah berat 2.6 kg. Patutla hendak berjalan pun payah.
Bila masuk minggu ke 36 nie saya mengalami beberapa pekara sukar antaranya saya tidak boleh lagi tidur mengiring. Akan terasa sakit dibawah perut macam terkehel. Dan kadang-kadang tetiba rasa sakit kat bawah perut.Adakah ianya Brixton Hick iaitu kontraksi palsu. Mungkin juga iaa. Antara pekara sukar yang ke dua ialah tangan saya sudah hampir tiga minguu kebas-kebas. Kebas-kebas ini makin terasa apabila bangun awal pagi. Saya tidak boleh mengenggam tangan dengan kuat. Dan ibu jari tangan sebelah kiri tidak boleh dibengkokkan.Puas juga saya jrut dan letak minyak panas namun tidak ada perubahan. Hurmmm… Jadi bila research mungkin kalsium saya telha digunalan oleh bby dan saya kekurangan kalsium….
Akhir timester ini pergerakan saya semakin perlahan. Ada kalanya, saya rasa sakit dibahagian bawah sehinggakan saya berhenti berjalan. Pekara ini berlaku pada minggu ini,apabila saya bangun dari kerusi dipejabat dan melakukan beberapa langkah ke printer, saya terhenti kerana macam ada karen aja kat bawah perut.
Tapi kemudian hilang dalam dua minit. Saat dan ketika ini saya berserah sahaja kepada Allah swt untuk melalui segala kesakitan untuk melahirkan amanah yang diberi.Dalam sakit dan kepayahan ketika ini saya bersyukur diberikanpeluang untuk menjadi seorang ibu dan akan memikul tangyungjawab besar dalam membentuk peribadi seorang insan.
Saya selalu berdoa agar anak ini berjaya berjaya dunia dan akhirat… Menjadi anak yang berjasa pada agama, bangsa dan negara. Juga anak yang tidak lupa akan tanggungjawab terhadap ibu dan bapanya.
Anyway i luv u bby so much, and daddy also luv u. We cant wait to see u soon. Be good ya!
Mmy nak ke Bazaar Ramadan kejap lagi.. Sabar nak, lagi tiga jam aja lagi nak berbuka… Jgn tendang kuat sangat, sian mmy…