TV AL HIJRAH


TV AL HIJRAH akan masuk astro esok. 1 Jun 2011.

Daripada 70 jam ditambah operasi siaranya sehingga 100 jam.

Satu peningkatan 30 peratus daripada jumlah jam sebenar.

Segalanya bermula disini, Tagline Hijrah.

Ia. Segalanya bermula disini.

Saya tiada syer di dalam company ini. Tapi saya sangat berharap program-program yang diterbitkan akan dapat memberikan penonton suatu kelainan. 

Lain dari biasa. Bagi yang sudah jelak dengan program di tv station yang sedia ada. Rajin-rajinkanlah untuk melihat apa yang telah diusahakan sebelum ini oleh pihak penerbitan.

Bagi saya – ramai diluar sana mahu menonton tv ini. Tetapi disebabkan ramai yang sudah mampu ‘pakai’ ASTRO maka tidak ramai yang dapat menonton tv ini yang sudah bersiaran pada bulan Disember 2010.

Dengan lambakan program hiburan saya juga percaya penonton sekarang lebih bijak memilih apa keperluan dan input yang lebih baik.

Saya masih ingat kali pertama berpindah dibanggunan baru yang kini sudah ada signboard besar – TV AL HIJRAH, satu perjumpaan bersama CEO telah dilakukan. Antara ucapan yang saya masih ingat ialah – kita ini ibarat sebatang pokok. Dan setiap daripada bahagian pokok itu memerlukan antara satu sama lain untuk hidup. Dan tiada perbezaan / darjah / grap antara bos dan pekerjanya… Ibarat daun yang tidak ditulis nama … semuanya kelihatan sama.

Kelihatan sama? Saya cuba memahami benarkah ada – perkataan dan persamaan ini?

Esok. Adalah satu sejarah. Saya sebagai penganut agama Islam, bangga dengan usaha ini. Saya letak tepi saya bekerja dengan tv ini. Saya menjadi orang luar.. yang melihat semakin bertambah stesyen dan channel yang memilih konsep Islam.

Pada yang mengkritik untuk menambahbaikkan tv ini – saya anggap salah satu benda baik. Sebab dakwah cara moden ini melalui tv dirasakan lebih releven.

Insyallah dengan niat baik. Baiklah jadinya.

Bagi saya – satu perubahan – dengan mengenali teman-teman baru , ilmu baru dan persangan sengit yang baik.

Dalam menjayakan sesebuah projek/program, sudah pasti ada pahit dan manisnya. Ada yang terkasar, terguris, termenangis, dan tersenyum sinis. Biasalah. Hidup.

SEGALANYA BERMULA DISINISegalanya BERMULA dengan teh tarik !!!! huhu

Itu diaaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s