STUCK IN THE LIFT…


Semalam pengalaman ngeri. Rasa macam antara dua dunia.

Aku memang jenis yang selalu memikirkan worst part jika berlaku/terjadi apa-apa. Semalam aku balik dari opis around 9.40pm…

Dengan nekad .. meredah hujan bersama Miz Joy. Dengan gembira membeli belah barang masakan untuk esok. Niat dalam hati mahu masak stim limau..

Sepanjang perjalanan memang hujan lebat yang amat. Dalam hati, kata lebatnya hujan nie.. sampai aku adjust-adjustkan wiper kete.. rasa lambatnya wiper kete tu bergerak. Tapi da sampai yang paling laju oke.

Masa masuk lift aku bersama dengna sorang gadis yang aku rasa budak kolej. Dengan beg pack dia- dengan basah dia cepat-cepat keluar dari lift tu. Masa tu ditingkat 8.

Paling ngeri aku terdengar bunyi kilat yang sangat kuat dan kemudian lift yang berada dilevel 11 terhenti dan bagai terhentak. Masa tu aku relax aja. Dalam hati kata – adoyyyyy minta takla lama dia stuck nie…

Aku dengan yakin menekan butang loceng kecemasan. Sebab sebelum nie aku memang favorite tekan butang kecemasan bila dalam lift. Buat orang maintanance cemas.. Sebab bagi aku kes lift breakdown tak selalu – jadi apa kata aku tekan bagi diaorang cemas sekejap.

Rupanya perbuatan aku – terjadi atas diri sendiri. Lama gila aku tekan loceng tu tapi tak ada orang yang datang bantu. Aku tekan butang intercom. Dengar orang cakap Helo helo heloooooooooooooooooo.. aku pun cakap heloo helooo heloooo heloooooooooooooooooooooo rupanya intercom tu rosak.. Damn!

Aku pun ambil hp untuk call member rumah yang sedang dalam perjalanan balik umah. Dan dengan battry yang tinggal dua bar tu boleh la aku hantar beberapa sms ke beberapa orang. Dan bbm juga. Paling naya BB nie kalau tinggal 1 bar dia tak function.

Jadi tak lama lepas tu – aku inform house mate aku stuck dalam lift di tingkat 11. Jadi dalam 15minit dia pun samapai.. dia panggil -panggil nama aku.. aku pun happy… aku pelik  sebab ehhh aku nie di ground floor ka ? dengan kuat aku jerit…. Eli, akak ditingkat berapa nie? dia jawab tingkat 11 kak… apa???????????????????????????????????

Masa tu moment yang aku da cemas… tapi aku buat tak cemas sangat sebab kalau aku cemas mau rasanya aku sesak nafas.

Aku pun buat-buat relax… aku tanya lagi lama lagi ka nie ? jawab awek yang suka baca komik doreamon nie — maintance diaorang baru nak datang sinila kak.

Adush. Pastu awek tu kata guard da telefon bombala… aku pun kata nayaaaaaaaaaaa…….ini macam.

Aku da rasa kes berat nie sebab masa bunyi kilat tadi- lift yang ada lampu penunjuk level berapa tu .. macam terkena karennn aja.. ada letup sikit… aduhai.

Pastu aku teruss rasa – apalah nasib dan dugaan yang tuhan nak bagi ini…

Masa tu ada rasa nak menangis. Tapi aku try calm down.. lelama datangla maintance yang bukak pintu lift tu..

Aku pun kata kenapa lama gila datang bukak nie. Dia kata dia dari Cheras dan naik motor , hujan lebat sangat tadi.

Jadi aku pun diam aja. Sekali sampai rumah aku jengah luar tingkaat—- kete bomba da ada… siap ramai orang kat bawah rumah.. aja gila.

Aku turun nak mengamok. Skali tak jadi sebab aku rasa tak gunala.

Baik aku mandi… dan tido aja.

Hari nie aku buat report kat management rumah .. diaoarang salahkan management lift..

Aku call manegement lift — HQ dia oke.. dia kata management rumah lambat call diaorang… banggang tak?

Jadi macam mana ya tips untuk stuck dan tidak panic dalam lift .. nak carilahh….

##Petang tadi terus call mak aku ya — sebab terasa lama gila aku tak dengar suara dia – aku mengadu – Ina terstuck dlm lift semalam .. lama gila mak.. mak aku jap .. yang ko tak call cepat2 kenapa.. !##%^&*^%$#aku ker yang salah dalam kes nie.. hurghhhh……….. i luv u mak!

2 thoughts on “STUCK IN THE LIFT…

  1. kasihfieha says:

    haha…sila hura-hara kan hidup managment rumah ko tu…biar dieorg tahu siapa “Syafinah Othman “!!!! Producer Kes Jenayah Tau!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s