Petang tadi aku ada shooting.
Ini untuk melengkapkan ep 7 di dalam program Majalah Islam.
Its a small segmen. Called keluarga Islam. Tengok cakap omputih lagi.
Kali ini watak dan story yang aku pilih sudah over expose. Siapa yang tidak kenal Nurlina Alawi, si mama yang selalu akan menangis apabila ditemuramah. Di dalam perjalanan sebelum sampai ke butik Nurlina ini– aku duk membebel bersama cameraman dan 2nd cameraman ( sebab tak ada teknikal) perasaan yang lemah gemalai untuk sesi interview yang tentunya boleh dijangka. Cerita air mata.
Setiba di butik Nurlina Alawi Collection. Aku disambut baik Nurlina ataupun dia lebih selesa untuk dipanggil mama sahaja.
Apabila sudah set up- lampu, tripot, cordless mic dan memacam lagi. Aku mula bertanya soalan.
Dan Nurlina tidak menangis kali ini. Cuma aku lihat air matanya bergenang sahaja. Tidak jatuh dipipi. Katanya dia tidak mahu jadi ratu air mata. Sudah 10 tahun dia dicemuh, diperkata berbagai kata kesat dan tuduhan mengenai usaha membesarkan anak-anak angkatnya yang terdiri daripada anak terbiar dan pesakit HIV.
Antara quote yang aku suka iala , tidak ada yang membezakan antara anak kandung dan anak angkat ini- yang membezakan hanyalah wang. Katanya bila pesakit HIV ini dipakaikan baju yang cantik .. disulam dengan kasih sayang… dan terjaga makan dan minum. Orang mudah untuk mendekati mereka.
Luar dari bidang kerja – aku melihat Nurlina ini seorang yang punya jiwa dan semangat yang kuat dalam apa sahaja yang dia mahukan. Aku juga teruja melihat semangat dia dalam membuat kehidupan manusia lain lebih baik.
Jika dilihat dalam diri – tidak mungkin aku sekental Nurlina ini.
Aku juga mudah lemah semangat dalam beberapa pekara yang sukar untuk aku handle. Sementara jika difikir usaha itu tidaklah usaha untuk mendirikan rumah seperti mana yang mahu dibina oleh Nurlina yang memerlukan 2.6 juta untuk membinanya.
3 tingkat yang rumah baru dia… 2.6 juta ???? ko ado?
Aku adalah RM2.60 nie.
Doa aku semoga usaha ini berterusan dalam memperjuang nasib anak-anak kecil itu.
Jika bukan Norlina adakah kita yang akan membuka rumah seperti Keluarga Besar Nurlina Alawi.
# Sedang menguatkan semangat dengan deadline yang sangat boleh buat aku sesak nafas.