Dua hari lepas, saya berjumpa dengan seorang profesor dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).Niat perjumpaan ini untuk menerangkan mengapa saya ini memilih Yayasan JIMS, Indonesia.
Dan research punya research -rupanya profesor aka saudara baru ini merupakan salah seorang founder NGO ini. Cuma dia lebih selesa berada di Malaysia dan minat untuk menyampaikan ilmu itu digunakan sebagai profesor antropology sambilan di UIA.
Sepanjang perjalanan bertemu dengan beliau saya berkira-kira – bila berbicara dengan seorang profesor pasti seribu macam idea dan perbandingan yang saya ini akan peroleh daripada profesor ini. Dan memang benar ini berlaku. Hampir 3 jam saya ini menahan sakit pinggang mendengar apa sahaja yang diperkata oleh Profesor ini. Opsss lupa saya nama dia adalah Prof Sulaiman Duffort. Lahir di US. Dan sudah memeluk Islam hampir 40 tahun.
Saya ini tidak bertanya mengapa dia mahu memeluk Islam. Biarla nanti perjumpaan untuk kali kedua, saya akan ajukan soalan ini. Kali pertama ini biarlah saya berbincang mengenai planning TIM saya ke Indonesia. Mengapa saya katakan TIM SAYA . Dan bukan saya pergi . Kerana ada beberapa sebab. Antaranya ialah kerja-kerja pembersihan di post production itu. Dan kedua pastinya masalah blacklist saya. Sehingga hari ini saya tidak mendapat feedback daripada PTPTN setelah saya menghantar kali kedua surat permohonan pada 19 /11/ 1o ini kerana pada 9/11/10 yang lalu surat saya sudah dihilangkan oleh pihak pengurusan PTPTN. Hampehkan! bagero!
Berbalik kepada cerita Profesor ini- macam -macam pekara yang dibualkan . Dari dalam hingga luar dari skop kerja-kerja saya. Lebih daripada itu dia meminta saya untuk menerbitkan sebuah dokumentari mengenai mengapa westerners tidak mahu kembali ke negara asal mereka memeluk agama Islam. Saya diminta bertemu dengan beberapa orang saudara baru dari US dan Eropah untuk mengetahui cerita lanjut mereka. Cerita punya cerita – rupanya saya dapat membuat conclusion, bahawa profesor ini sebenarnya concern mengenai kehidupan dia pada awal umur 60an ini.
Dia punya 2 orang anak di US- Dan keduanya menganut agama Kristian dan tidak berhubung hampir dua tahun. Kebimbangan dia ialah kemungkinan anak-anaknya sudah tidak mengigati akan dia. Dan kini dia memerlukan seorang penjaga. Sebagai saudara baru dia sukar untuk mencari pasangan hidup kerana pandangannya masyarakat Melayu sukar menerima seorang saudara baru, dan dia mahukan seorang servent. Dan dia tidak mendapat kelulusan untuk mendapatkan seorang servent.
Dan paling dalam katanya ialah – dia takut pada usia begitu dia akan mati tanpa ada orang yang sedar pada masa itu. Sukarkan?
Apakah kelebihan seorang saudara baru di sebuah negara Islam.
Bila berbicara bersama profesor ini.. berbagai-bagai persoalan yang diberikan kepada saya . Dan antara yang saya ingat ialah .
“Hey ur the producer , u must know wat to do with all this Islamic Issues,” katanya.
Saya jawab – its depend on my bosses to set up the concept, i can suggest wat the best we can bring.
Terus diam Profesor ini.
Dan saya terus pulang ke ofis tepat pukul 4.30pm.. dan saya ditinggalkan pesanan ringkas … hey read ur email … i give u some ideas to produces gud documentaries… and some concept of media n society.
Hambik ko Ina.
# Sebenarnya ini bukan kali pertama saya berjumpa dengan Profesor ini, seingat saya, saya pernah bertembung dengannya ketika melakukan temuramah bersama seorang profesor di UIA mengenai geng pukau. Pada ketika itu, Profesor Sulaiman bertanya hey u must be rich because ur producer. Saya jawab im not rich but my bos is rich. Arghh apa -apa’an seh.