Penulis Muda.


Apabila saya ini membaca blog Faisal Tehrani… yang tajuknya penulis muda … terasa semacam ditampar sahaja dengan tulisan-tulisannya…

Walaupun saya ini bukanlah penulis cerpen … mahupun novel… saya terasa postnya bagaikan berkata kepada saya…

Wahai penulis muda .. apa yang kamu perjuangkan?

Adakah kamu itu berada dilingkaran yang sama sahaja sepanjang penulisan kamu?

Adakah apa yang kamu tulis itu akan memberikan sesuatu kepada masyarakat … dan sejarah.

Terasa tulisan beliau …. memberikan saya nafas dan semangat baru di dalam dunia penulisan… katanya karya itu jangan diharapkan akan adanya keuntungan … perlula menulis untuk kepentingan masyarakat…

Walaupun blog itu bagaikan menempelak … golongan penulis muda sastera… tetapi saya ini juga adalah penulis…

Antara tulisan-tulisannya yang saya baca ialah cabaran tidak kira penulis muda ataupun penulis yang agak tua ialah MELETAKKAN KEKUATAN IMAGINASI DAN KEMAMPUAN KOMUNIKASI BAHASA.

Dua benda yang saya rasa… apabila saya ini menulis untuk sebuah program … kedua -dua kekuatan ini sememangnya diperlukan…penulisan saya ini tidak sehebat penulisan abang-abang dan kakak -kakak senior aka bos -bos yang ada disekeliling saya… penulisan saya tidak setajam dan secantik bahasa mereka…

Ada yang menasihati saya untuk memilih strok penulisan yang sendiri …jangan meniru strok tulisan mereka yang sudah ada…

Tulisan Feisal yang paling saya ingat ialah … seorang penulis @ pengarang itu adalah seorang pemikir… seorang penulis itu adalah penyumbang kepada tamadun… malah mereka juga adlaah saintis dan pakar segala masalah masyarakat..baris ayatnya yang paling saya ingat ialah – Janganlah menulis hanya seperti menghilangkan dahaga!

Benar saya terasa bagaikan ditampar dengan tulisannya…

Apakah saya ini hanya menghilangkan dahaga sahaja..

### Dahaga sudah.

One thought on “Penulis Muda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s