Terima kasih untuk teman yang bersama celebrate hari lahir saya. Terima kasih juga untuk segala ingatan kalianya.
Sungguh saya tidak sangka kerana dalam sibuk-sibuk masih ada masa untuk saya. Sungguh saya pasti ikatan ini tidak akan terpadam sehinggalah kita menutup mata.
Saya bercakap mengenai hari -hari esok – bukan untuk hari ini sahaja kita berkawan.
Seingat saya- saya hanya meraikan ulangtahun kelahiran selepas habis belajar. Ketika kecil pun seingat saya- hanya sekali sahaja sambutan dibuat oleh ahli keluarga. Itupun rasanya kerana pada ketika itu saya mendapat tempat ke tiga dalam kelas.
Jadi disebabkan meraikan top 3 itu- saya dicelebrate. Tika dewasa ini saya senang punya kawan yang ramai yang sentiasa mengingati antara satu sama lain dan tegur menegur untuk membetulkan keadaan.
Jika ada teman yang tidak senang dengan saya- saya persila untuk kita menutup buku berkawan. KERANA saya hanya mencari kawan yang faham dan sehaluan dengan saya.
Saya mungkin sinikal tapi ini hakikatnya buat apa berkawan jika kita sentiasa berlawan. SENTIASA tidak akan berpuas hati semasa sendiri. SENTIASA mencari kesalahan masing-masing. Penat untuk kita mencari kata sepakat.
……………..
Tahun baru.
Hanya tingga lima hari untuk tahun baru.
Saya mengira hari-hari akhir untuk tahun 2010. Saya flash back apa yang saya lalu.
Dan apa yang lebih penting ialah …SAYA PERLU HABISKAN KERJA SEBELUM MASUK TAHUN BARU. BUKU BARU.