Pepagi sudah bangun…. buka tv dan tonton sekejap Talk Show pepagi mengenai Perhimpunan Agung UMNO hari ini…
Macam-macam yang diperkatakan …antara yang boleh buat aku tergelak ialah apabila sorang Datuk ini cakap pasal fungsi dan matlamat Putera UMNO bukan sahaja panjat gunung dan pacak bendera dan pergi selamatkan gadis yang dibawa lari orang…. hahahahahaha… Bak kata Upin n Ipin pun Betul Betul Betul…
9.35am… aku orang pertama yang terpacak dibilik meeting… terkejut jugak orang HR dan admin itu… dalam hati kata teruk benar agaknya aku nie …. ataupun dicop kaki datang lambat… tapi aku tahu kepentingan untuk hadir ke meeting kali ini… dua tiga hari … ada dengar angin tak berapa bagus daripada beberapa orang … mengenai keadaan ofis nie….
Selesai aja briefing itu… seperti biasa membaca berita-berita terbaru luar dan dalam negara… ada 2 kapal terbang terhempas dalam masa 24 jam… ermmmmmmm….
Tapi yang menarik perhatian ialah rampasan dadah bernilai RM 61.3 juta di perindustrian Tebrau JB. Pembongkaran makmal yang boleh produce eramin 5 sebanyak 149 ribu pil dalam tempoh sejam… Wahhh… hebat… dalam kegawatan ekonomi industri jual dan produce dadah tidak akan terjejas… kerana permintaan melebihi pengeluaran .. aku rasa… jadi si setan yang buat bussines nie … akan sentiasa mewah…
Ada sahaja penagih baru dan berulang… Si Setan tidak gegar kerana pastinya ada pembeli dan pusher yang akan mencari dadah ini…Makmal ini dipercayai juga mengeksport eramin 5 ini ke luar negara…
Aku ingat jual eramin nie macam jual kacang… Harga RM 10 yang dijual … bagi penagihnya .. berapalah sangat … kan kan kan… jika anak orang kaya dan pelajar yang ada beriban-riban duit pinjaman .. ciput aja RM 10 itu… ataupun POPULAR dengan nama E nie…
Boy friend pusher … girlfren supplyer… haaaaaaaaaaaaaaaaaa… kan mewah tu.. Sasaran club-club yang ada diKL… tapi aku tak ambil port sangat …meniaga E nie … mewah… duit tak putus punya….
Tapi kalau tertangkap … putus tali leher tu… halah…… jadi bagi yang nak buat kerja nie… pikir dulu.. duit tak bawa mati… sia-sia aja nyawa itu…
“9.35am… aku orang pertama yang terpacak dibilik meeting… terkejut jugak orang HR dan admin itu… dalam hati kata teruk benar agaknya aku nie …. ataupun dicop kaki datang lambat… ”
hahahahahahahahah
Tak lena tidur … dok pikir meeting kul 9 am. Ahaks…