Hantu William Kellie Smith


Bila sebut hantu.. ini aku agak trauma sikit.. sebab ada tragedi yang terjadi di atas diri sendiri. Entah apa benda yang masuk ke dalam badan sehingga aku tidak sedar diri dan terus menjerit-jerit macam orang gila.

Nak tergelak juga bila dengar kengkawan cerita pasal tragedi itu. Kira aku pencetus histeria kepada peserta-peserta program itu. Mana tidaknya lokasi pengambaran di dalam hutan di sebuah rumah yang tuannya baru meninggal tidak sampai 40 hari … tentu seram sejuk dibuatnya. Aku masih ingat aku ketika turun daripada kenderaan itu rakan sekerja disengat serangga berbisa… disitu titik aku menjadi takut kerana bila pandang dikawasan perkhemahan sangat gelap. Baru aja sampai dah ada benda tak elok jadi… tapi nak sedapkan hati … positif ajalah.

Aku teruskan langkah dengan menuju ke rumah itu, dikegelapan malam .. masih teringat pesan mak. “Jangan kau mulut cabul bila ada dalam hutan tu na,”. Benda nie kena jaga bila masuk kawasan hutan. Letak sahaja beg di dalam rumah yang hanya ada satu bilik misteri (hehehehhe) ada rakan sekerja membisikkan. ” Semalam Hafiz nampak hantu,”. Nak terkencing aku dengar. Tapi fikir semula mana hendak cari tandas malam-malam nie. Sekian lupakan sahaja niat itu!

Semasa mencari pot ingin meletak beg … mata aku merayau-rayau di dalam rumah itu. Yelah tempat barukan. Hanya ada tempat kosong di depan ampaian baju disebelah bilik misteri itu. Terus aku letakkan beg yang berat tu. .. Elok-elok aku letak dan berpaling mengadap dinding rumah itu. Adalah gambar nenek yang sudah meninggal dunia itu. Aku renung seketika. Muka dia nampak baik. Tapi menurut cerita penduduk setempat diusia tua dihanya tinggal berseorangan dirumah itu. Kata orang juga dia ada penjaga. Eeeeeeeeee takut dol!. Entah apa yang dibelanya. Belalah anak kucing ker.. boleh gak aku pegang … anak ikan emas ker… boleh bagi makan kan kan kan… (kak… gambar nenek itu sudah hilang masa… saya ambil beg masa nak balik … sape curi pulangkan!).

Part yang paling aku tak boleh lupe ialah bila malam .. terhidu bau wangi yang amat sangat di dalam hutan itu… manalah ada orang pakai perfume dalam hutan… suatu malam itu … terdengar suara orang menangis seperti sedang dalam kesedihan(semua satu khemah dengar dan buat-buat tidolakan).  Nampak rumah lama dan seorang penjaga dirumah itu (tapi sebenarnya rumah lama , dan ada yang kata ada perempuan mati dibunuh disitu), nampak kelip-kelip yang banyak dipondok itu (sedangkan semua orang tidak nampak, pelik!), monyet yang selalu nak terpa orang, takut melihat aku (agaknya ada hantu kot), boleh rasa rumah misteri itu bergegar sedangkan tidak siapa pun merasa gegaran itu. Takut sehhhhhhhhhh….

Aku pernah bermimpi didatangi nenek itu… terkejut daripada mimpi … aku menangis ketakutan. Kata nenek dalam mimpi itu … “Jangan jerit.. jangan jerit.. aku datang,”. Ishk. Trauma trauma… sehingga sekarang aku tidak pernah tidor dalam kegelapan kerana ketakutan itu. Pernah black out satu flat dirumah …. aku hanya menunggu sehingga ada elektrik di dalam kereta. Ahaks. Sehingga ke hari ini jangan harap aku dapat peluang tengok team mistik g shooting. Takut2 disampuk kata diorang. Arghhhhhhhhh.

Tapi weekend yang lalu … aku telah melawat di sebuah istana yang dikatakan berhantu. Pemilik asal rumah ini ialah William Kellie Smith. Istana ini tidak sempat disiapkan kerana tuan rumahnya meninggal dunia kerana penyakit radang paru-paru. William meninggal di Lisbon. Ada yang mengatakan dia ke sana ingin melihat lif yang ditempah sudah siap. Lif ini adalah yang pertama akan digunakan pada masa itu.

Istana ini dikatakan berhantu kerana ramai yang pernah ternampak hantu orang putih di dalamnya.. Istana yang mempunyai 6 tingkat ini dibina dengan menggunakan khidmat pekerja daripada Madras. Semasa pembinaannya wabak penyakit Spanish Flu sedang merebak dan ramai pekerja pembinaan meninggal dunia. Kepercayaan membina kuil untuk menghindari penyakit ini diyakini oleh William.

Kalau nak cerita pasal misteri memang banyak kot kat sini. Kalau tidak .. tidak adalah notice tulis roh wiilliam berlegar-legar disekitar istana. Nasib aku tak jumpa hantu orang putih nie. Kalau tak pastinya speaking Londonlah aku …. (Kira dah oke la nie kak lin …. leh g ikut team SAKA shooting… ahaks)

Kellie's Castle ...

Kellie’s Castle …

Roh William dikatakan selalu merayau-rayau di sini...

Roh William dikatakan selalu merayau-rayau di sini…

Pokok berbentuk beruang .... kira-kira 50 meter daripada Kellie's Castle tarik perhatian...

Pokok berbentuk beruang …. kira-kira 50 meter daripada Kellie’s Castle tarik perhatian…

9 thoughts on “Hantu William Kellie Smith

  1. yus says:

    pokok tu xder mkne paper…tu menunjukkan kehebatan Allah untuk di tunjukkan pada hambaNya..tp org2 kt situ jer yg kepoh2…so, pokok tu bnykla version nyer…
    sumenyer bergantung pada hati kite…bende2 macam tu mmg wujud…hantu2@syaitan ni mmg tugas diorg nk menyesatkan manusia….
    so, sebagai umat Islam…kite yakin pada yang satu…
    wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s