Dah nak masuk 3 hari orang duk berdebat mengenai sebuah baju yang dimuat naik oleh pengguna Tumblr iaitu Caitlin McNeill seorang selebriti berumur 21 tahun yang keliru dengan baju warna ini.
Saya dan beberapa kawan juga pelik dengan warna baju ini apabila ada yang menyatakan warnanya putih gold atau biru hitam.
Beberapa orang pakar juga memberikan pandangan mengenai warna baju ini. Pakar sains neuro, pakar fizik dan terbaru pakar 3 D animasi menyatakan otak menggunakan objek yang biasa dilihat untuk menentukan ruang warna menyebabkan kita tidak mempunyai cara untuk mengetahui cahaya yang membayangi objek itu.
Al kisah sebuah baju!