Minggu lalu saya dan tim produksi berjumpa dengan Prof Muhaya untuk beberapa urusan pengambaran yang akan berlangsung pada bulan April ini.
Kami ke Klinik Lasiknya yang terletak di Kajang. Setibanya kami di klinik ini aura- aura Islamik diterapkan kerana di dalam klinik ini diperdengarkan bacaan ayat- ayat Al Quran. Kami dihidangkam dengan teh dan kopi juga berserta roti bakar sardin. How lovely it is! Ketika menunggu saya terbaca coretan kejayaan yang juga memberi inspirasi kepada saya.
Yang masih segar dan tersimpan diingatan saya ialah Dr Muhaya mempunyai dua adik beradik sahaja. Bapanya bekerja sebagai anggota polis. Displin dan ilmu agama menjadi teras utama kejayaan sehingga hari ini. Bapanya sering menulis surat kepada anak- anaknya. Kata- kata perangsang diber kepada anak-anaknya.
Ia menjadi inspirasi kepada Prof Muhaya untuk menjadi seorang yang lebih baik dan berjaya. Sehinggalah ke hari ini peribadi Dr Muhaya reflek kepada kata- kata seorang ayah. Berbakti pada masyarakat. Memberi kepada yang berhak.
Ketika bertemu dengan Prof Muhaya, dia menuturkan kata- kata yang soft dan tertib dia melayan tetamu. Paling manis dia menyuapkan makanan ke mulut kami bertiga. Makanan tengaharinya yang sihat diberikan kepada kami untuk kami memahami akan kepentingan nutrisi yang perlu diambil untuk badan dan minda kita.
Diberikan kami tips untuk membuat makanan sihat. Diberikan tips kehidupan untuk pedoman hidup kami.
Sungguh bertuah anaknya kerana punya ibu yang sebegitu berilmu dan bijak mengatur hidup. Semoga saya juga diberi peluang untuk hidup dalam kesempurnaan seperti dia.
Paling penting tiap kali mengambil makanan pasti teringat akan kata- kata Prof mengenai makanan seimbang. Kenalah pada tempat dan masa. Kerana nampaknya lemak sudah membiak di badan saya ini!!!