Banjir Besar 2014


Sabtu minggu lalu, saya telah menyertai satu misi yang dinamakan Misi Kasih.
Misi ini adalah misi bantuan pasca banjir yang dianjurkan oleh beberapa NGO seperti Laskar4Life, Syarikat Pengangkutan TLS dan tidak terkecuali TVALHijrah.

Chevrolet  sponsor car/ Colorado Muscle Power

Chevrolet sponsor car/ Colorado Muscle Power

Kita semua sedia maklum mengenai banjir terburuk yang melanda di negeri Pantai Timur dan termasuklah Pahang dan Perak. Banyak gambar dan visual yang meruntun hati melihat musibah bah yang melanda mereka… Owh tidak lupa laporan Majalah 3 yang menyayat hati itu.

Banjir besar ini menyebabkan ada yang hilang tempat tinggal, ada bayi yang baru lahir dan terpaksa tinggal di penempatan sementara dan paling menyedihkan apabila membaca cerita mengenai Hospital Kuala Krai yang naik air dan bagaimana staf mahupun dr bertungkus lumus membantu mangsa banjir yang sedang uzur dan sedang sakit teruk.

Antara yang paling saya terkesan ialah membaca kisah bagaimana usaha beberapa orang staf dan dr apabila bekalan elektrik terputus. Bayi yang pramatang dan pesakit yang kritikal memerlukan bantuan oksigen pada masa itu mereka bergilir-gilir mengepam mesin oksigen kepada pesakit kritikal. Allahuakbar…

Dan menonton satu video viral seorang bapa mendodoikan anak kecil di dalam kotak polistrin yang selalu kita masukkan ais atau ikan itu, sudah cukup membuatkan ibu-ibu bergenang air mata. Ada rakan saya tidak sanggup menonton katanya dia tahu bagaimana perasaan ibu bapa yang sukar hendak tidurkan anak jika tiada buaian.

Hurm sedihkan.

Berbalik kepada Misi Kasih. Kami dari petugas media diberi tanggunghjawab untuk mencari tajaan barangan keperluan asas dan saya pula mengambil inisiatif sendiri untuk mencari dana untuk diberikan kepada surau di Kg Sekara, Chenor, Temerloh Pahang.

Walaupun saya pernah terlibat sama di dalam pelbagai misi di luar negara bersama NGO yang establish. Namun misi kali ini mencabar diri saya kerana harus menyakinkan si penderma mengenai bantuan yang ingin dihulurkan. Ketua projek tentunya bos saya mensasarkan kutipan dana sebanyak RM10K. Jadi jumlah ini mungkin kecil pada mereka yang pernah mengutip derma bagi projek amal, namun jumlah ini dilihat besar oleh saya kerana saya sendiri tidak pernah meminta penderma menghulurkan bantuan dalam bentuk ‘cash’.

Rupanya individu-individu yang saya approach semuanya menerima dan membaca sms saya dengan hati terbuka. Hanya dengan 1 sms. Tanpa mendengar suara. Duit sebanyak RM2K telah pun dikreditkan di dalam akuan saya. Individu ini adalah suami kepada salah seorang pendakwah terkenal. Hebatkan. Tanpa banyak celoteh, tanpa banyak soal individu ini meletakkan kepercayaan kepada saya! Wahhh terharu.

RM5K pula disumbangkan salah seorang ustaz yang sering kali bersiaran di TVALHijrah. Dan pada saya kemurniaan hati dia dapat dilihat dengan dia juga turun padang ketika misi. Doa yang dibaca sebelum dan sesudah misi sangat menusuk masuk ke dalam hati saya. Antara ayat-ayat yang saya ingat adala…

1. Semoga usaha kita, peluh kita yang dari pagi tadi mengalir dikira sebagai ibadah kita oleh Allah SWT
2. Dilindungi dari sebarang musibah
3. Diluaskan rezeki
4. Diberikan petunjuk ketika kita sesat berada dijalan yang kita pilih

Kontena sponsor by nasyeed.com

Kontena sponsor by nasyeed.com

Sesi penyerahan wang diberikan kepada Tok Empat aka Tok Penghulu Kg Sekara. Ketika menerima sumbangan itu Tok Empat sebak memberi ucapan terima kasih. Walaupun sumbangan tidak seberapa, namun saya percaya bahawa jika niat kita ikhlas membantu, tentunya akan ada sesuatu untuk kita dihadapan sana kelak.

Selama 10 jam berada di Kg Sekara, sebenarnya memberi satu pengalaman yang berharga. Saya dapat melihat bahawa kuasa tuhan itu tidak boleh dinafikan. Dan manusia harus belajar dari musibah itu. Dan selepas musibah kita pula diuji sejauh mana kita prihatin dengan mangsa banjir. Adakah dengan membaca cerita-cerita banjir sudah cukup untuk menyedarkan kita mengenai kekuasaan tuhan? Atau kita cuma kata nasib rumah aku bukan di Pantai Timur. Atau hanya kata kasihannya mereka? Atau lebih ego lagi, aku tak sempat tengok berita banjir ini sebab sibuk dengan kerja. Selfish tak kita ?

Owh saya lupa, saya bangga ada rakan-rakan yang berhati mulia. Sejak banjir 4 minggu lalu, ramai rakan-rakan saya aktif dalam kerja sukarelawan. Mereka mengambil peranan menyalurkan informasi terkini mengenai bantuan yang perlu diberikan kepada mangsa banjir. Mereka updates situasi terkini mangsa banjir.

Jadi selain membaca media perdana dan online. Juga membaca keyboard warrior yang dok kata parti itu dan ini. Dok kata buruk parti. Dok kutuk pemimpin negara. Dok sebar fitnah dan cerita. Eeeee tak takut kah korang. Sebab tulisan itu akan kekal selagi mana diingat orang. Dari dok tulis baiklah korang turun ke lokasi banjir. Ada faedahnya.

Yang lagi tidak boleh terima ada yang kutuk mangsa banjir sebab orang bagi baju diaorang sepahkan dan ada yang buang aja. Aduhai.

Rakan-rakan kumpul duit dan beli sardin. Walau tidak seberapa tapi yang penting  ikhlaskan.

Rakan-rakan kumpul duit dan beli sardin. Walau tidak seberapa tapi yang penting ikhlaskan.


Jadi berbalik kepada tajuk kat atas tu, kenapa kita perlu jadi volunteer kerana kita akan dapat kepuasan dengan membantu orang. Kita akan rasa release dengan melihat senyum dari mereka yang tidak bernasib baik itu. Kita akan rasa melakukan sesuatu yang baik dan rasa bersyukur dengan nikmat dan kurniaan dari Allah S.W.T.

Posing sebelum sakit kepala sebab makan tengahri pkl 4 petang ok!

Posing sebelum sakit kepala sebab makan tengahri pkl 4 petang ok!

Oklah.

Bye.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s