Yeay Yona Setahun….


Dari membilang hari, membilang bulan sehinggalah kamu lahir… mommy sentiasa membilang hari.

Membilang hari agar kamu tumbuh membesar dengan sempurna sayang.

Di hari lahir kamu pada 18 Ogos 2013 yang lalu, mommy rasa inilah anugerah tuhan yang tidak terhingga kepada mommy. Ketika mommy terlihat kamu yang masih berlumuran darah itu, detik hati mommy hanyalah mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi yang tidak terhingga.

Bertarung nyawa selama 10 jam di dalam labor room yang dirasakan seperti jarak hanyalah sehelai kain di antara mati ataupun hidup.Namun mommy kuatkan hati dan semangat.

Beberapa jam selepas lahir

Beberapa jam selepas lahir

Pada masa itu yang meniti dibibir mommy hanyalah ayat suci Al Quran memuji kebesaranNya. Tidak dilupa sebaris ayat yang tidak juga putus dilafazkan iaitu, Lahailla anta subhanainni kuntummizzalimin. Yang bermaksud “ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.

Ayat ini haruslh dibaca oleh individu yang sedang diuji atau ditimpa musibah. Doa yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika di dalam perut ikan Yu. Dengan doa ini Nabi Allah Yunus dapat keluar dari kegelapan perut ikan Yu dan dengan pertolongan Allah SWT diri berserah. Tidak putus mommy membaca ayat sepanjang malam menahan kesakitan. Pernah satu kali mommy terasa bagaikan perut mommy sangat sakit, dan mengalir air mata tidak putus-putus sepanjang malam.

Dan disubuh hari, mommy telah dihantar ke labor room. Tika itu perasaan mommy hanyalah mahu melihat wajah kamu sayang. Berpegang kepada kekuatan ayat-ayat tuhan ini, mommy meneruskan semangat melalui pintu-pintu dilabor room itu.

Selepas itu, lahirlah kamu ke dunia.

Fiona Nur Fatimah

Fiona Nur Fatimah

Dan selepas itu bermulalah kisah mommy dengan kamu. Kamu yang sentiasa ada dipelukkan mommy. Kamu yang sentiasa ada disetiap nafas mommy. Kamu yang sentiasa mengejutkan mommy dari tidur yang lena.

8 month plus

8 month plus

Namun setelah setahun berlalu. Mommy terasa bagaikan semalam mommy berada dilabor room sayang.Masih kedengaran bunyi mesin CTG yang berbunyi mengikut rentak jantung kamu.Hanya degup jantung sahajalah yang mommy dengar sejak hari pertama tahu kamu berada di dalam perut mommy.

Ok panjang cerita mommy dan kamu Yona.

Dan sebagai insan pertama yang melihat kamu bogel. Mommy hendak ucapkan Selamat Hari Lahir PERTAMA kali. Setahun yang indah sayang. Daddy also loves u soo..

One HAPPY family

One HAPPY family

Dan tidak dilupa Dadaji.. dadima… nenek, kak Ya.. dan semua mak sedara kau sayangkan awak!

Mukaku yng tidak cukup tidur. Dan abaikan double chin itu..

Mukaku yng tidak cukup tidur. Dan abaikan double chin itu..

Big ONE

Big ONE

Dan ketahuilah Yona, hidup ini bersederhanalah, jangan lupa ada kalanya kita diuji tuhan tanpa kita sedari. Berbaliklah kepada pangkah jalan dengan mengucap syukur Alhamdullilah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s