Bersambung pengalaman di Raudah.
Saya sudah ketemu suami saya dipintu masuk Masjid Nabawi.
Asiah bersama emak ke Raudah tanpa saya. Saya fikir mungkin ada hikmah disebaliknya. Saya fikir kenapa saya tidak ke Raudah bersama emak? Ada sesuatukah? Apa yang saya pelajari dari peristiwa ini?
Saya mengejarkan mengambik wudhu dan tinggalkan mak dan akhirnya tidak bersama ke Raudah. Semasa perjalanan balik ke hotel, puas saya fikir. Namun saya ambil hanya pekara positif. Mungkin tuhan mahu saya hanya bersendiri pergi ke Raudah.
Jadi esoknya, saya memberanikan diri berseorangan mencari pintu masuk ke Raudah dan ke seterusnya ke Makam rasullah saw.
Saya pasang niat dan kuatkan hati untuk ke sana tanpa seorang pun menemani saya. Pada akal saya, mana mungkin sesat kerana pengalaman selama berada di Madinah beberapa hari yang lalu – menemukankan dengan jemaah dari Malaysia mahupun Indonesia.Dan pekerja yang mop air zam zam yang tumpah juga dari Indonesia. Maka bisa saja saya ngomong bahasa Indonesia. Dan kebanyakkan pihak keselamatan ala pak guard perempuan Arab boleh bercakap bahasa Melayu. Apa yang hendak ditakutkan sangat. Bagi saya dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Usai solat Maghrib, saya sudah bersedia mencari jalan-jalan ke Raudah. Saya memerhati setiap pintu dan tiang juga papan tanda. Sekiranya ada tercatat arrow ke Raudah. Namun tiada. Saya lihat ada beberapa orang yang muka Melayu dan Indonesia. Saya tanyakan dimana Raudah.
” Assalamualaikum, tumpang tanya dimana pintu masuk Raudah,” tanya saya dengan mata sayu-sayu gitu.
Namun jawapan yang saya terima ialah; akak pun tidak tahu dik, baru 1st time datang mahu masuk Raudah.
Hurm hampeh. Dan saya tanyakan jemaah dari Indonesia, jawapan yang sama. Dan akhirnya saya berhenti dan duduk bersama jemaah dari Malaysia. Supaya komunikasi dan perjalanan lebih selamat. Kerana mereka pun mahu ke Raudah. Dan jika sesat, akan sesat berkumpulan.
Dan kami pun berhenti dipintu yang tertutup dan dipercayai itu jalan ke Raudah. Saya orang dibarisan hadapan untuk menempuh masuk ke Raudah bersama dengan ratusan jemaah yang datang dari pelbagai negara.
Lama saya berdiri. Saya lihat ramai warga emas yang juga sudah keletihan berdiri. Kasihan. Saya juga sudah lemah dan rasa haus ketika itu, tapi diamkan sahaja. Dalam hati kecil berkata juga, Wahai anak sabar ya, mummy kamu hendak benar masuk ke Raudah berdoa dan solat disana, juga masuk berziarah ke makan Rasullah dan sahabatnya.
Sabar ya anak. Moga anak ini menjadi seorang yang sabar juga. Dalam satu jam menunggu saya melihat ada wanita Arab yang juga penjaga keselamatan membawa papan ditulisnya Malaysia. Katanya ” Ibu disini ibu…. ikut saya …”.
Saya pun konfius. Jika ini pintu masuk sudah kenapa saya perlu mengikut perempuan Arab itu. Ramai yang tidak berganjak dari berdiri dipintu yang dikunci itu. Namun wanita Arab itu berteriak lagi…” Ibu ikut saya bu… ikut saya”, katanya dalam berpakaian jubah hitam dan purdah.
Dan saya terus berpaling dari pintu itu dan mengikut wanita Arab ini. Dan saya orang yang berada dibelakangnya sepanjang dia memanggil jemaah dari Malaysia dan Indonesia. Saya orang pertama ya…. hahahaha. saya tidak mahu terlepas pandang ataupun terkebelakang dari barisan yang mahu masuk ke dalam Raudah.
Dan selepas itu wanita Arab itu meminta jemaah Malaysia duduk dan menunggu dan diberinya semacam taklimat dalam bahasa Arab. MENGELUH saya aduhai mana faham apa yang dicakap ini. Apalah dia cakap ini.
Saya lihat jemaah dari negara seperti Iran, Palestin, India dan lain-lain diasingkan mengikut kumpulan. Dan rupanya turn masuk ke Raudah bergilir-gilir. Ketika dipanggil satu -satu jemaah dari satu-satu negara saya lihat mereka berlari -lari macam mengejar sesuatu yang akan lari. Hurm. Kasihan melihat wanita warga emas dan sakit kaki yang dilanggar dan disigung.
Dan ketika giliran jemaah Malaysia dan Indonesia. Wanita ARAB minta untuk bertenang dan mendengar arahan. Arahan yang diberi kali ini dalam bahasa Inggeris. Faham sedikirlah saya.
Ketika diminta duduk dan saya sudah lihat papan tanda ke Raudah. Saya mendegar disebalik kanvas yang direntang. Jemaah yang sudah masuk menangis begitu kuat, berlari seperti kuda dan menjerit.
Wanita Arab itu , memberi arahan, sit down sit down! its dangerous to go inside right now. Ibu bertenang, saya bawa ibu ke Raudah sebentar lagi. Jangan berdiri, duduk!
Dalam hati berkata, menakutkanlah! bahayanya saya bawak perut ini. Buat jatuh dan pasti dipijaknya. Namun memberanikan diri saya terus mengikut arahan sehinggalah berada di Raudah.
Ketika di Raudah, saya tidak sempat bersolat sunat. Saya hanya berdoa. Kerana tiada ruang dan jika saya tunduk pasti dilanggar mahupun dilacak jemaah dari negara lain yang masih tidak keluar dan memberi ruang kepada jemaah yang baru sahaja masuk ke Raudah.
Sambil berdoa berlinangan air mata saya. Saya tidak berkesempatan solat sunat. Dan selesai berdoa saya terus ke makam baginda rasullah. Dan kawasan berdekatan dengan makan baginda rasullah juga ramai, jadi saya ke belakang sedikit untuk memberi salam dan berdoa.
Ketika lalu dimakam sahabat baginda iaitu Khalifah Umar dan Khalifah Abu Bakar , saya juga memberi salam dan memberikan fatihah sebagai hadiah.
Saya berjalan pulang selepas itu dengan perlahan. Kepenatan yang amat sangat. Saya lihat pergerakan saya seperti wanita tua terlalu perlahan. Dan pulang ke hotel saya semacam habis battery. Masakan tidak saya berlari anak, berhimpit juga berdiri lama untuk ke Raudah,
Namun saya redha dan saya percaya setiap kehendak itu memerlukan usaha.
Semoga doa saya dimakbulkan tuhan.
Dan alhamdullilah doa untuk berziarah ke makam baginda Rasullah juga telah termakbul.
Saya gembira. Dan rasanya anak kecil dalam perut ini juga gembira kerana mummynya tidak duduk diam walau keadaan menghimpit. Dengan nafas yang penat saya selalu berkata sabarlah wahai Ina. Bukan mudah untuk sesuatu yang berharga.
Sekian.