Saya mencari kata yang paling sesuai untuk saya titipkan disini.Kata yang mengambarkan perasaan saya ketika berada di Tanah Haram. Tiada kata rasanya untuk mengambarkan perasaan dan keindahan ketika berada di Mekah mahupun Madinah.
Its a wonderful feelinglah!
Dimana mahu saya mulakan ya…ok perjalanan selama 12 hari dirasakan begitu sekejap.
Route perjalanan bermula di Madinah dan kemudian ke Mekah. Ramai rakan menyatakan seharusnya ke Mekah. Lebih baik kerana kita akan mengerjakan umrah dan kemudian beransur menuju ke Madinah.
Namun bagi saya tidak. Saya memilih route yang betul. Ini kerana Madinah satu percubaan melihat sejauh mana kemampuan kesihatan saya dan mak saya.
Kekuatan kaki dan kesihatan mak paling penting. Dia jalan perlahan dan perlu warm up dahulu untuk supaya terbiasa dengan keadaan jalan yang agak meletihkan walaupun jarak dari hotel ke Masjid Nabawi tidaklah jauh. Hanya selang beberapa banggunan sahaja.
Perasaan solat dan berdoa di Masjid Nabawi sangat indah. Ini masjid Nabi. Masjid yang penuh bersejarah. Dan dimasjid inilah adanya makan Nabi dan sahabat-sahabatnya.
Saya mahu bercerita mengenai pengalaman di Raudah.
Usai solat Zohor , saya bersama emak dan suami ke Raudah. Dalam perjalanan menuju Raudah hati saya berkata – bagaimanakah rupanya Raudah yang dikatakan baginda Rasullah taman syurga!
Masyallah. Hati saya pada masa itu berkata Taman Syurga ? Gambarannya?
Ketika dipintu masjid Nabawi, saya diberikan handphone oleh suami. Dan ketika itulah air sembahyang saya terbatal kerana tersentuh kulit dia. Dan pada masa itu saya terus masuk menuju ke Raudah bersama dengan mak dan seorang rakan yang sama mengikuti Felda Travel ini.
Untuk makluman untuk wanita , ada tiga waktu untuk masuk ke Raudah. Selepas Zohor, Ishak dan Subuh. Sangat limited masanya. Kejarlah masa anda!
Dan berbalik kepada story tiada air sembahyang itu, saya dan mak dan rakan itu mengejar masa dan saya berkata kepada emak untuk berhenti seketika dan tunggu saya untuk mencari sumber air mengangkat air sembahyang.
Dan duduklah mak dan seorang kakak ini yang namanya Asiah.
Asiah setia temani mak ketika saya berlegar mencari tempat air sembahyang.
Saya berjalan agak jauh. Semakin lama semakin jauh. Puas saya cari. Tidak berjumpa. Saya mengigati setiap tiang dan jalan kembali ke mak saya. Dalam hati berkata janganlah saya sesat. Saya mengecam juga mereka yang berpakaian warna apa dan cuba mengiganti muka mereka.
Jauh saya berjalan. Saya juga bertanya kepada pekerja Indonesia yang mop lantai itu. Kata mereka jauh lagi. Saya pun terussssssssssssssssssssssssss dan terussss jalan.
Namun keciwa.
Dalam saya berkejaran mencari air sembahyang. Saya tidak disebuah kawasan. Kawasan yang ramai orang. Saya perhatian mereka. Mereka memberi salam kepada Baginda rasullah SAW.
Pada masa itu saya berfikir adakah saya sudah tiba di makam baginda rasullah?
Dalam kesesatan mencari air sembahyang itu, saya cemas. Namun tarik nafas panjang dan terus memberikan salam kepada baginda. Dalam hati mungkin ini lokasi makam baginda rasullah.
Dengan tidak ada air sembahyang. Saya hanya memberi salam dan berdoa. Dan dalam hati berkata apakah hikmah disebalik kesesatan mencari air sembahyang ini?
Selesai berdoa dan memberi salam kepada baginda rasullah, saya mencari emak semula.
Namun tidak ditemui.
Mak sudah tiada. Saya berpusing-pusing mencari tiang yang saya tinggalkan mak dan Asiah tadi. Namun tiadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
Saya terus keluar dari masjid.
Dan menunggu suami saya.
Akhirnya… ( oklah sambung lain kali… nak solat… hehehe)
Layari:
http://www.abkhgc.com/
Menawarkan ground pakej umrah yang terbaik.