KHADIJAH


roses_vii_by_olyviasalyer

14 Feb..ada yang kata tidak perlu menyambutnya…

Ada kebenarannya. Sebab kalau Hari Kekasih… tidak perlu disambut pada hari tertentu… jika ada cinta… setiap hari adalah hari kekasih.Bagi yang buat bussiness jual bunga.. coklat dan macam-macam lagi.. pasti akan ada untung lor. Ramai yang akan duk membeli bagi memperingati kasih dan sayang … orang yang sangat dekat dengan kita..

Oleh kerana ini adalah hari kekasih … aku mencari contoh kasih dan sayang yang tiada bandingannya.. akhirnya sebuah buku bertajuk: KHADIJAH KEKASIH NABI menjadi teman sepanjang malam .

Cerita mengenai kasih.. kepercayaan .. keyakinan dan agungnya cinta seorang wanita yang tiada tolok bandingnya. Itu adalah cinta KHADIJAH.

Seorang wanita yang mencintai Rasullah s.a.w kerana kemuliaan baginda itu sendiri. Dia percaya lelaki bernama Muhammad itulah nabi akhir zaman dan dia yakin dengan segala ucapan baginda juga. KHADIJAH yang berketurunan Quraisy sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya pada baginda. Dia mengahwini Rasullah pada usianya 40 dan Rasullah s.a.w pada masa itu berumur 25 tahun.

Cerita sepupunya Muriqah mengenai keperibadian Rasullah s.a.w  ketika berdagang di Syam (Syria) pada masa itu menarik perhatian KHADIJAH untuk bertemu dengan baginda. Pada masa itu dia mencari sinar agama yang benar dan penyembahan berhala bukanlah pilihan dia. Dia adalah seorang wanita yang bijak dalam menilai apa sahaja yang ada dikelilingannya.

KHADIJAH adalah wanita pertama yang memeluk Islam. Ketika turunnya wahyu pertama dan baginda di dalam keadaan gelisah.. dialah yang menjadi penenang kepada baginda. Dia meyakini segala apa yang berlaku punya hikmahnya.

Baginda rasullah mengakui selepas ketiadaan KHADIJAH dia.. berasa sunyi. Walaupun mempunyai isteri yang lain KHADIJAH adalah yang pertama.

Pengakuan Rasulullah SAW berbunyi: Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku semasa orang lain mengingkariku; dia membenarkanku semasa orang lain mendustakanku; dia menyerahkan hartanya kepadaku semasa orang lain menghalangku; dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya semasa aku tidak dapat daripada isteri-isteriku yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s