Hijau Bumi Tuhan


Terasa rindunya dengan zaman sekolah..tidak penah luput memori aku ketika itu..

Bila aku dengar lagu XPDC .. hijau bumi tuhan.. terus memori masa aku gila suka pergi bercamping terus datang…terasa sejuk , hutan di kaki Gunung Ledang, Asahan, terasa nikmat makan maggie yang dimasak beramai-ramai…

Teringat rombongan yang dibuat oleh Cikgu Ibrahim – Cikgu Kelab Pecinta Alam… oleh kerana aku nie adalah Setiausaha kelab ini so aku yang paling excited jika ada camping …walaupun ditempat yang sama tapi feel dia berbeza setiap kali aku pergi…

Part paling best ialah mencari pot untuk mendirikan khemah dan bila petang akan cepat-cepat kemaskan apa yang patut dan terjun mandi  dikolam yang ada diair terjun itu… bila datang, malam ada sahaja aktiviti yang diatur oleh cikgu. 

Antara aktiviti yang aku suka ialah menyanyi ramai-ramai dan cari barang yang pelik-pelik.. dan ada juga aktiviti yang aku serun…kalau ada aktiviti burung hantu, pastinya aku akan cuba mengelak dari kena tinggal dalam hutan sorang-sorang, aku akan  konon-konon menjaga keselamatan sebab aku sendiri takut… sebab jika aku jadi ajk keselamatan, aku boleh pegang torch lite…

Aktiviti curi-curi bila semua orang sudah tidur ialah pergi memancing.. aku masih ingat aku selinap keluar daripada khemah bersama seorang teman untuk pergi memancing bersama budak-budak lelaki… tapi at last kena warning sebab kantoi ada pelajar perempuan yang pergi.

Walaupun tidak pernah sampai ke puncak Gunung Ledang, tapi aku rasa sangat happy disitu.. walaupun tidur dan bangun dengan badan yang sakit aku masih mahu berkhemah bila cuti sekolah.. aku pernah bercamping sehingga tujuh hari – dan balik dimarahi abang aku, katanya  aku sudah menjadi orang asli..

Memori bercamping masih segar diingatan.. sesegar hutan disitu (harapnyalah tidak ditebang pokok disitu)…

Teringat chorus lagu XPDC ini juga- Perjalanan dititian masa kita perlukan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s