Fenomena Seni


Pagi…sudah terpacak dihadapan opis …sebab ada meeting HR yang perlu aku hadir… lately kalau dapat sms daripada HR semua orang gerun.. manalah tahukan dapat surat terminate… bagi aku semua orang takut berdepan dengan situasi itu..berkongsi idea untuk meningkatkan kualiti kerja sangat bagus. Pendapat rakan yang lain juga bagi aku berbaul emosi… masakan tidak semua merasakan bahang dengan proses pemberhentian perkhidmatan.

Ada sahaja sms yang aku terima mengenai kebimbangan rakan-rakan yang lain. Ada sms yang berbunyi …AKU DAPAT RASA HARI INI …HARI AKU… ada yang tidak aku reply sebab nasib sendiri belum tahu… hurghhhhhhhhh…

Petang aku sudah cabut balik rumah… terasa panas benar … kalau stay lama lagi.. mungkin aku akan menjadi lebih panas dengan keadaan disini.

Dalam hati gusar juga… sebab ada kerja-kerja yang perlu diselesaikan ..tapi aku harap weekend nie akan disiapkan sebelum berjumpa dengan Bonnie itu…email yang dihantar tidak direply…maksudnya kerja aku belum selesai… cume berharap si dia akan membalas agar semuanya berjalan dengan lancar.

Untuk proses yang seterusnya aku perlu menemuramah Jurey Latiff Mohd Rosli .. pengarah untuk drama Tanggang 8 EP tu …switch on aja tv .. terpampang muka dia… dalam hati kata … bila agaknya aku dapat interview engko nie… bz kot… sana mengarah … sini hadir macam-macam talkshow.. ialah diakan presiden persatuan penerbit Malaysia…

Rosyam Nor yang menjadi pengacara menambah minat untuk aku menonton sehingga abis rancangan itu… panggilan daripada penonton juga memanaskan isu itu… isunya adalah … adakah drama yang diterbitkan tidak bagus berbanding drama daripada luar… dan adakah stesyen tv hanya mahukan rating yang bagus tanpa memikirkan impak kepada penonton.

Seorang penonton memberikan pendapat bahawa cukup sudah cerita-cerita golongan elit yang dipaparkan … dan cukup sudah drama cerita hantu yang dimomokkan kepada anak-anak kecil … ada sahaja tempat gelap … ada sahaja hantu… yang kaya… dengan ego dan sikap tamakkan harta…. hasad dengki menguasai hati orang kaya… yang miskin menjadi semakin hina…. itu sudah cukup…

Seorang lagi penonton … mengatakan terlalu banyak drama luar yang dibawa masuk. Bersiri-siri … dan rating yang tinggi adalah target stesyen tv. Jurey yang mewakili penerbit semalaysia mengatakan memang benar … stesyen mahukan rating … kalau nak mengajar benda baik … tv bukan sekolah … mereka buat bussiness… jika mahu minta kerajaan buka lagi sebuah channel untuk mengajar benda baik iaitu docu yang terbaik kerana penonton sudah tidak bodoh untuk memilih sesebuah rancangan yang baik untuk mereka…

Aku sokong idea itu..sejak join company yang buat hard docu ini … rating memang tidak hits… dipihak produksi kita mahu memberikan kelainan kepada penonton dan sesebuah title yang dipilih memerlukan masa yang lama untuk dianalisis dan dipersembahkan dengan baik… tapi orang kita yang memilih untuk melihat benda yang tidak pening kepala .. .. oleh kerana tidak mendapat rating yang baik … peluang untuk menerbitkan docu dengan lebih banyak tidak mendapat slot di dalam sesebuah stesyen tv…

# Ingin benar jumpe jury dan tanya macam-macam pekara .. mengenai nasib penerbit dan krew belakang tabir nie…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s