Zamani SLAM


Semalam petang kecoh dikalangan rakan-rakan kerana satu video viral Zamani Slam menyanyi dengan tangan digari.

Lokasi dipercayai dibalai.

Dan dipercayai juga Zamani mengambil dadah sehinggkan kurus kering. Hasil pembacaan aku di online media, Zamani telah mengambil dadah selama 10 tahun. Jenis dadah Morphine.

Dia ditangkap bersama seorang wanita berusia 33 tahun dan wanita itu positif mengambil dadah methaphitamine. Ketika serbuan dibuat dirumahnya, pasukan polis bahagian Narkotik telah menjumpai satu paket heroin pada hari kejadian.

Silapnya dimana wahai Abg Zamani?

Sebenarnya menonton video berdurasi 1.23 saat itu lebih mendatangkan rasa kasihan kepada penyanyi yang popular pada tahun 80an itu. Sehinggakan hari ini lagu Slam menjadi lagu evergreen!

Video yang dimuat naik oleh individu yang dipercayai juga polis akan disiasat oleh PDRM untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

Realitinya kita ini hidup perlulah berpegang kepada tali agama. Kita juga disarankan bergaul dengan rakan-rakan yang baik-baik agar kita juga terdorong untuk berlaku baik.

Bukan Zamani sahaja yang sebegini. Sama seperti Jamal Abdillah yang satu masa dulu aku pernah menemuramah. Sehinggakan hari ini aku masih teringat kata-katanya.

“Abang, tidak boleh ada duit dipoket, kalau ada abang akan gunakan ke jalan itu… sekarang tidak ada sebarang duit yang abang pegang semua abang bagi orang uruskan,” dengan muka sedih dia berkata-kata.

Jelas. Disini pengaruh dadah bukan kepalang.

Bisa menundukkan mereka yang ada nama, pangkat dan harta.

Jadi janganlah anak-anak remaja mencuba sebarang jenis dadah.

Jika hidup dirasakan berserabut atau tidak menentu. Salah satu cara ialah beristigfar.

Dan dapatkan nasihat daripada mereka yang kita sayangi.

Semoga Zamani kembali berisi dan meninggalkan najis dadah!

Ramai yang merindui dan meminati suara Zamani itu.

Kusangkakan panas berpanjangan… rupanya gerimis… rupanya gerimis mengundang ooooooo….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s