Masih belum terlewat untuk melihat trend pencarian apa tertinggi di Google Search. Pekara ini mungkin tidak penting bagi sesetengah orang. Tapi penting untuk mereka yang dalam kategori Content Creator dan orang Media. Juga buat mereka suka membaca info yang bermanfaat kepada mereka. Tahun 2020 dikatakan adalah dream year. Buat mereka yang lahir pada zaman pemerintahan Tun Mahathir pada masa dia menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke -4, tahun 2020 digambarkan satu tahun yang mana Malaysia sudah berada di dalam kategori negara maju. Dan perlambangan kereta terbang itu salah satu gambaran bahawasanya tahun 2020 adalah tahun yang dinanti-nantikan. Namun tahun 2020 dan nampaknya sehingga tahun 2021 COVID 19 menyerang dan kita masih belum menang. KKM sedang dalam usaha mencari sukarelawan untuk mengambil vaksin Covid 19. Ini mungkin juga vaksin ini vaksin baru, jadi ramai yang memilih untuk melihat keputusan kebaikkan vaksin ini.
Kembali kepada topik asal 2020 year in search. Data ini telah dikeluarkan oleh Google Trends. Ia adalah satu sistem melihat trend pencarian paling banyak sepanjang tahun. Terdapat pelbagai kategori yang telah dibahagikan. Antaranya ialah Carian, Resepi, Gajet, Bantuan Kewangan, Berita, Covid 19, Orang dan Sukan.





