Inkues Adib Yang Ditunggu


Adib

Kes Adib menjadi mendapat perhatian semua masyarakat.

Apakah penyebab kematian anak muda ini?

Aku sendiri berfikir sendirian. Sedihnya alahai meninggal sewaktu bekerja. Ikut hukum arwah ini meninggal syahid kerana dalam bekerja.

Tujuan asal menyelamat dan memadam api bagi meredakan ketegangan di kuil itu, akhirnya membuatkan dia meninggal dunia akibat perbuatan manusia yang hilang kewarasan. Dan tenggelam dalam api kemarahan.

 

Agama mana yang mengajarkan erti keganasan. Agama mana yang tidak mencintai keamanan. Jika sekalipun agama pegangan kita diancam.. diburukkan … atau dicabar… jalan terbaik bukanlah merusuh, pasti ada jalan keamanan dan keadilannya.

Kerana dengan merusuh pastinya ada harta benda yang rosak, kecederaan buat mereka yang tidak bersalah. Jadi kes Adib ini sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan masyarakat pelbagai agama kerana Adib bukan datang untuk menentang arus. Dia sedang dalam tugasan.

Mungkin dia juga ketika itu cemas melihat kehadiran manusia yang ramai, yang marah, yang menjerit-jerit langsung disambung dengan api yang marak dilakukan oleh manusia yang ganas dan hilang rasa sabar.

Jika aku yang ditugaskan ke lokasi kejadian, aku juga mungkin tidak menyangka aku akan terlibat dalam kemalangan jiwa. Sedang ketika itu darah masih muda dan banyak lagi harapan dan masa depan yang mahu dibina. Apa rasa jiwa kita?

Keputusan Inkues hari ini memberikan jawapan yang adil. Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim adalah disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua orang yang tidak dikenali.

30 saksi telah dipanggil sepanjang inkues.
Mahkamah menerima teori bahawasanya Adip adalah mangsa rusuhan. Perusuh menendang pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang mengena dada Allahyarham sehingga menyebabkan Muhammad Adib tersepit.

Menurutnya, saksi itu memberitahu, Muhammad Adib sekali lagi ditarik dan perusuh kemudian menerajang pintu EMRS yang mengenai tangannya hingga menyebabkan luka seret.

Teori terpelanting yang sebelum ini dikemukakan oleh  Dr. Ahmad Hafizam Hasmi ditolak sepenuhnya.

Selain itu  kegagalan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal rusuhan juga antara faktor kepada kejadian ini.

Di akhir keputusannya, Mahkamah Koroner menyerahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Peguam Negara untuk teruskan siasatan dan menjalankan pendakwaan sekiranya wajar.

Amanlah Adib disana…. Al Fatihah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s