Tu dia cendol special dan viral di Melaka.
Cendol special ini ada 12 jenis toppingnya ada mangga, buah naga, buah kabung, longan, durian dan banyak lagi.
Cafe yang terletak dipinggir Sungai Melaka yang telah dinaik taraf oleh kerajaan negeri Melaka dan berdekatan dengan Masjid Kg Hulu mudah untuk dicari.
Agak sedikit terbelakang cafe ini. Namun bila parking kereta dan jalan dalam 15 langkah menuju ke Sg Melaka anda akan nampak ramai beratur nak beli Cendol ini.
Bukan sahaja persekitaran yang indah namun lukisan mural yang ada juga membuatkan gambar anda yang nak diupload dlm IG pun cantik!
Anda juga akan nampak bot pelancong yang lalu lalang menyusur Sg Melaka.
Jap bukan cendol sahaja yang ada. Macam-macam makanan tang dijual. Satay..Western food dan goreng-gorengqn pun hado!
Apa lagi waze Cendol Kampung Hulu dan enjoyyy the food !
Nice food and Nice location
https://bargainlow.com/