Yup. Ini pengalaman anak ke-2.
Ada beza.
Memang benarlah bak kata orang setiap kehamilan tidak sama. Kalau anak pertama setiap kali check up suami akan teman.
Laa ni anak ke 2 suami dah tak teman. Gigih sendirian. Mahu berdikari. Dan tidak mahu mengganggu masa bekerja suami. Biarlah dia fokus kerja dia.
Pengalaman kali ini beza. Ini kerana mengikut pembacaan aku simpton morning sickness akan kurang pada minggu ke 12. Ya benar. Aku sahaja tidak muntah sudah masuk hari yang ke tiga.
Perbandingannya dahulu aku akan muntah dalam kereta, keluar kereta, sampai office, dalam office dan sehinggala sepanjang perjalanan balik rumah.
La ni alhamdullilah. Cuma minggu ke 12 ini buat check up HB aku 9.6. Rendah. Normal 11.
Nurse nasihat kalau rendah sampai 7, aku akan diletakkan dalam red zone. Maksudnya merbahaya sebab oksigen tidak cukup untuk aku dan baby! Worse case scenario sehingga boleh menyebabkan kematian baby! Omg! Minta dijauhkanlah.