Bajet 2019: Robin Hood?


Bajet 2019, hapus kleptokrasi kembalikan Robin Hood

Hutang dan komitmen kewangan negara sebanyak RM1 trilion akan terus menyelubungi persekitaran ekonomi negara. Samada debat mengenai isu hutang negara RM688 bilion atau sebenarnya RM1 trilion kekal jadi permainan persepsi antara kerajaan dan pembangkang; namun, suasana tekanan keperlahanan ekonomi sudah lama dirasakan rakyat.

Bajet 2019 memang dinanti-dinanti. Walaupun seminggu menjelang tarikh pembentangannya pada 2 November ini, anehnya jadi isu paling kurang diperkatakan.

Media massa masih terperangkap dengan fokus melaporkan pelbagai kes-kes pendakwaan salah laku rasuah dan pembersihan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan konco- konconya.

Isu tiga cadangan cukai baharu yang bertemakan Robin Hood agak kurang diperkatakan. Kerajaan mengumumkan mengenai usaha memperkenalkan cukai warisan, cukai pemilikan hartanah berlebihan dan cukai modal perniagaan.

Ia tiga cukai yang kurang diperjelaskan atau kurang diberikan perhatian oleh media massa. Justeru, masyarakat awan kurang kefahaman mengenai cukai ini. Respons ahli ekonomi juga terbatas. Cuma, Najib

ini. Respons ahli ekonomi juga terbatas. Cuma, Najib Razak memberi respon, cukai terhadap keuntungan saham akan menyebabkan pelabur asing menjarakkan diri dari Bursa Malaysia.

Namun, ketiga-tiga cukai dianggap bermulanya era Robin Hood dalam persekitaran ekonomi negara. Secara mudah, ia bererti ‘orang kaya kini tidak lagi menjadikan negara ini mesin mencetak keuntungan tanpa dikenakan cukai.

Fokus utama tentunya pada kapitalis saham yang rakus mengaut untung di Bursa Malaysia tanpa sesen pun dicukaikan.

Rakyat macam kepenatan untuk memutarkan otak memikirkan impak cukai jenis Robin Hood ini. Apakah kaedah percukaian ini dan berapa banyak hasil akan diperolehi kerajaan apabila diperkenalkan? Atau, mampukah cukai ini menampung kemerosotan RM23 bilion pendapatan negara apabila GST digantikan SST pada September lalu.

Menteri kabinet pelbagai kementerian juga seperti tidak berani membuka mulut memberikan tips dan hala tuju Bajet 2019 serta komitmen kementerian masing-masing. Tiap butir bajet yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat ini kekal misteri. Hampir tiada ramalan mengenai tema bajet kali ini diperkatakan.

Pakar Ekonomi Syariah, Dr Zaharudin Abdul Rahman memberikan tips, suasana bajet kali ini ada kecenderungan kurang popular di kalangan rakyat terutama penjawat awam.

Apa lagi, ini bajet pertama Kerajaan Pakatan Harapan dalam mengekang pelbagai masalah kewangan yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional. Keadaan kewangan masa kini tidak mungkin menjadikan Bajet 2019 meriah dalam konteks bonus dan kenaikan gaji.

Namun, sebagai pakar ekonomi yang berjiwa rakyat, Dr Zaharuddin dalam wawancara di TV3, menekankan pentingnya rakyat marhaen B40 diberikan perhatian. Isu golongan berpendapatan rendah jadi keutamaan.

Tema Dr Zaharuddin – rakyat bawahan perlu menjadi jadi topik penting. Namun, masyarakat juga harus waspada. Budaya sejak berdekad lalu, dalam bajet demi bajet, sindrom pemberian gula-gula pada B40 tidak mungkin berterusan.

Pada 2013, Dr Zaharuddin pernah mengkritik kerajaan BN dengan menyifatkan bajet gula-gula melalui pelbagai inisiatif popular seperti BR1M hanya bersifat semasa. Ia lebih kepada umpan pilihan raya dan bukan pelan jangka panjang menyusun kualiti hidup rakyat B40.

Isu Miskin Bandar

Pada 27 Oktober tahun lalu, Najib selaku Menteri Ke‐ wangan mengumumkan bajet bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat Menuju Aspirasi TN50.

Bajet yang dianggap bersifat gula-gula pilhanraya kerana disertai dengan pelbagai inisiatif termasuk BR1M dan wang ehsan penjawat awam. Walaupun banyak gula-gula, BN tumbang juga pada 9 Mei lalu dalam PRU 14.

Bajet tersebut membabitkan peruntukkan RM280 bilion.

Lima bulan selepas bajet itu diumumkan, negara gempar sekejap dengan laporan UNICEF yang mendedahkan tahap nutrisi kanak-kanak di negara ini sangat kritikal. Malah, lebih kritikal berbanding Ghana.

Ia mencetuskan debat. Fakta Unicef dianggap sabotaj terhadap BN menjelang pilihan raya. Sedangkan dunia maklum, UNICEF tiada kepentingan apa-apa dalam mengeluarkan laporan tahunannya.

Sekadar ingatan kepada pemimpin PH. Turunlah ke Jalan Chow Kit dan sertai misi bantuan makanan yang dianjurkan pelbagai NGO di negara ini. Pasti ada kejutan besar.

Bahawa 70 peratus penerima bantuan makanan yang berbaris setiap malam ialah penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat sekitar Kuala Lumpur.

Satu kejutan kerana rakyat Malaysia B40 dalam kategori miskin bandar, kini terpaksa mendapatkan bantuan makan malam daripada NGO kerana krisis ekonomi yang teruk.

Percayakah PH, penduduk miskin di ibu kita berbaris bagi menyelamatkan kos menyediakan makan malam untuk keluarga sekitar RM20 semalam – semata-mata kerana kesempitan hidup.

Matematiknya mudah: kalau dapat menyelamatkan RM20 sehari, bererti angkanya RM600 sebulan. Ia penjimatan besar bagi keluarga yang berpendapatan RM1500 sebulan.

Selain janji bulan bintang, Bajet 2019 harus kembali ke bumi kenyataan. Rakyat miskin sedang kelaparan!

#artikelzainalrashidahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s