Banyak kelebihan buat mereka yang sering hadir majlis ilmu. Itulah taman syurga dunia. Mencari bekalan untuk dibawa disana satu pekara yang sering kali kita lupa. Mungkin disebabkan sibuk bekerja, sibuk mengurus itu dan ini, sibuk bisnes, sibuk buat promosi, sibuk juga mengkritik atau netizen yang sibuk duk comment page atau FB atau IG orang lain.
Salah pernilaian alangkah berdosanya kita. Kita jangan mengambil peranan malaikat untuk menentukan perbuatan mana yang betul atau salah. Sebagai manusia kita diwajibkan memainkan peranan mencari kebaikan untuk diri sendiri.
Bukanlah mencari hal dunia sahaja. Di usia ini, saya merasa banyak waktu lalu saya tidak manfaatkan. Saya terlalu mencinta kerja… terlalu membuat pekara yang sia-sia. Sebagai contoh straighten rambut yang harganya ratus-ratus. But yet alangkah bagus duit itu disimpan untuk masa hadapan. Namun pada masa itu saya hanya berfikir ingin memiliki rambut yang cantik, lurus dan sedikit bercolor.
Dimasa ini saya akan cuba manfaatkan masa. Saya tidak mahu menjadi manusia yang mensia-siakan masa. Merenung surah Al Asr- sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mengambil ayat ini dan dipraktiskan dalam kehidupan, saya pasti kita sentiasa mencari masa untuk mengenal sang pencipta kita.
Oklah dibawah ini beberapa benefits buat mereka yang secara langsung hadir majlis ilmu.
1 – Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2 – Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3 – Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahmat ke atasnya.
4 – Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5 – Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6 – Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7 – Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifarahkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan ditambah segala kebajikan.
#benefits #gooddeeds #masjidkemasjid