Belajar Dari Tukang Sapu


Siapa yang tidak kenal Imam Muda Asraf.

Namanya popular selepas menyertai sebuah rancangan realiti tv Islamik. Dia sangat humble dan telah berkongsi pengalaman hidup bagaimana dia mula memilih untuk menjadi insan yang mencari ilmu dunia dan akhirat.

Di dalam program setengah jam itu, dia berkongsi antara guru awal agama dia adalah seorang tukang sapu masjid. Dia juga belajar mengaji dan semakin menebal dan kuat untuk mengenali ilmu Allah.

Dia yang mempunyai Master dari Universiti Malaya dalam bidang Usuludin dan Fiqh dan berasal dan merupakan orang Penang pernah sebilik dengan Ust Don semasa dalam pengajian Sarjana Muda dalam bidang yang sama.

Dalam temuramah yang dilakukan di Hotel Pullman Putrajaya, katanya ayahnya bukanlah sangat tergolong dari orang kuat agama. Tapi ayahnya mahu dia menjadi seorang yang berpengetahuan dalam bidang agama.

Selain itu, dia juga berkongsi bahawa berdiam diri itu juga sunnah. Selepas kewafaan baginda Rasullqh SAW. Terdapat banyak pertelingkahan antara 30 sahabat nabi. Banyak yang memberi pendapat.. banyak yang komplen.. namun ada yang berdiam diri. Bersiam diri itu juga satu respon.

Ini kerana dalam waktu tegang, kita perlu berdiam diri dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Bukan terus berbalah.

Selain katanya juga Rasullah SAW bersabda, ditangan kamu ada benih, dan semailah benih itu untuk kamu beroleh hasil. Ini pesanan agar setiap dari kita bijak mencorak masa depan dan perlu mempunyai ilmu untuk menjadi umat yang bermanfaat.

So deepkan! Fahaman saya ialah selepas meninggal benih itu pasti dirasai hasilnya buat mereka yang masih hidup!

Oklah itu sahaja perkongsian saya.

Ust Asraf antara panel dalam program terbaharu TV Hijrah yang diberi nama Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan. Setiap Isnin jam 9.00 malam bermula 15 Oktober ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s