Maafkan Mereka


Siapa Orang DiParol?

Setiap dari kita pastinya melakukan kesalahan. Lebih daripada itu kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan dosa dan pahala.

Pengalaman saya selama 6 bulan menerbitkan program Orang Diparol, pelbagai kesalahan dan kes yang saya lihat. Namun berbalik kepada itu, kita sebagai manusia tidak perlu menghukum mereka. Kerana mereka telah pun bertaubat dan mahu hidup dengan tenang dan lebih baik.

Pihak Jabatan Penjara Malaysia telah memberi khidmat terbaik dalam mengembalikan mereka kepada masyarakat. Malah ada yang lebih

berjaya daripada kita. Berjaya maksudnya kerjaya dan hati bersih setelah menjalankan hukuman di dalam penjara.

Ia penjara adalah tempat menghukum kesalahan. Namun penjaralah yang memberi mereka peluang untuk berubah. Penjara mengembalikan jati diri dan perjuangan hidup untuk dunia dan akhirat.

Pengalaman masuk merakamkan kisah hidup ODP dari mula hingga akhir membuatkan saya lebih matang melihat dunia. Masakah tidak sebagai manusia juga kadang kala kita lupa perjuangan hidup. Kita lupa arah mana yang perlu kita ikuti. Malah bagi saya iman sahaja menjadi pegangan ketika memilih tujuan hidup. Tiada iman maka semakin jauh la kita dari rahmat darinya.

Masih jelas dalam ingatan saya betapa sukarnya untuk melepasi kawalan ketat dipintu besar penjara. Malah mengambil masa untuk mengikuti SOP penjara. Melangkah sahaja masuk boleh saya jangka jika disini sukarnya apatah lagi di dalam penjara itu.

Saya tidak melihat setiap mata yang ada di dalam penjara. Saya takut, bukan kerana mereka banduan. Ini kerana saya takut melihat mata kesal mereka. Pernah saya merakamkan aktiviti di dalam bengkel ukiran. Saya disapa oleh salah seorang banduan.

‘Awak dari TV Mana?’. Saya jawab ‘ TVHijrah… abang pernah dengar dan tengok TVHijrah tak?’. Bodohkan soalan saya itu. Jawabnya macam mana nak tengok saya dalam penjara. Sejak itu saya tidak lagi bercakap dengan mereka. Saya takut tersilap kata.

Untuk menghabiskan 16 episod program. Saya perlu mencari 16 Orang DiParol (ODP). Jadi meratalah saya pergi mencari mereka yang sudah pulang ke pangkuan keluarga dan masyarakat.

Antara yang unik adalah kes seorang pemuda. Kesnya adalah Kes Gaduh. Dan dia antara geng yang terkenal di KL suatu masa dulu. Pertama kali saya kenalkan diri, saya lihat tubuhnya yang sasa itu, satu kelebihan. Kelebihan untuk menundukkan lawan. Kemudian dengan kulit hitam manis dan menguasai bahasa Mandarin dengan baik memudahkan dia bercampur gaul dengan kaum lain. Dia juga menguasai bahasa Tamil. Impresskan!

Namun setelah sesi pengenalan diri selesai. Saya cuba menyentuh hatinya dengan soalan-soalan kesal. Saya lihat matanya berair. Benar rasa kesal dan taubat itu dapat saya rasakan.

Katanya sebelum ini hatinya begitu keras. Dia tidak pernah solat, dia tidak pernah menangis. Namun hari ini dia mudah menitiskan air mata. Nyata dia telah menerima rahmat dan kasih sayang dariNya.

Saya fikirkan tangisan itu berakhir di situ. Namun apabila saya menjemput dia ke pentas berhadapan dengan 400 orang berkongsi cerita penyesalan. Dia menitiskan air mata! Dan penonton juga menangis!

Sebagai penerbit inilah kejayaan bagi saya. Iaitu mencari kisah penyesalan yang benar. Bukan maksud saya penyesalan itu palsu. Ini kerana ada juga ODP yang kembali kepada keadaan jahat mereka. Namun jumlah itu kecil sahaja.

Inilah hasil kejayaan setiap pegawai Penjara. Modul yang dibina berjaya menjatuhkan ego dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar!

Saya lihat dedikasi setiap pegawai Parol juga besar. Masakan tidak mereka tidak mengira masa. Setiap ODP perlu mematuhi 41 syarat Parol. Jika tidak mereka akan kembali ke penjara. Oleh itu setiap pegawai Parol dipertanggungjawabkan memantau ODP. Jika ODP bermasalah mereka akan cepat-cepat bertindak!

Sistem Parol yang sudah diperkenal 10 tahun lalu berjaya mengembalikan banduan seramai 23 ribu kepangkuan masyarakat. Jumlah ini pastinya mengurangkan jumlah banduan di dalam penjara. Ini penting kerana tidak semua baduan melakukan kesalahan besar. Mereka perlu diberikan peluang untuk berjaya juga.

Anyway sepanjang 6 bulqn itu, saya mengenali susuk dan perwatakan Tuan Ibrisam ( Pengarah Parol). Beliau yang soft spoken dan mudah untuk dibawa berbincang. Saya kira kejayaan Parol juga disebabkan sifat beliau yang benar-benar ikhlas membantu setiap banduan. Kata-kata terima kasih menjayakan progam Orang Diparol sangat dihargai. Bercakap dengannya bagaikan saya bercakap seperti dengan seorang ayah! Bebelan saya mengenai pemilihan ODP juga didengarinya. Dan dia memahami kesukaran saya menerbitkan program ini.

Akhir kalam. Semoga setiap dari kita terpelihara dari sebarang kemungkaran! Amin!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s