Throw back 5 tahun lalu.
Morning sickness saya agak teruk. Sehinggakan ke sana ke mari. Dan dalam handbag… dalam kereta ada sahaja plastik beg merah yang disediakan apabila memerlukan!
Hanya orang yang pernah melaluinya sahaja akan faham. Maksud saya bila ada yang bagitau jangan dimanja-manjakan dan ikut perasaan hendak muntah. Bagi saya itu bukan saya.
Sebab perasaan nak keluarkan isi perut tu sentiasa ada hokey! Tekak loya sahaja. Bau pun sensetif. Saya morning sickness sehingga bulan yang ke -6.
Morning sickness berlaku kerana perubahan hormon dalam badan kerana mengandung.
Cuma ada fakta menarik untuk dikongsi bersama untuk menghindari morning sickness antaranya ialah:
1. Banyakkan makan buah citrus seperti limau dan orange.
2. Elak makanan yang berbau seperti sambal, ikan etc. Makan yang dah sejuk bukan yang dah basi. Supaya menghindari bau makanan dan tiada rangsangqn untuk muntah.
3. Makan dari sumber vitamin B6 seperti kekacang (dal), soup cendawan (cicah roti.. nyumm) atau ikan tuna.
4. Rehat secukupnya
5. Pasang Aroma therapi dalam rumah!
6. Juga be positif
7. Makan dalam jumlah sedikit dan banyak kali!
Selain itu, bagi saya untuk makan, terpulang kepada selera anda! Yang penting jangan lewat makan.. sebab nanti masuk angin dan kesian si kecik tu.