Kegilaan kepada karektor karton Pony iaitu sekawan Unicorn menjadi pujaan bukan sahaja pada anak aku. Juga pada kanak-kanak lain dan juga remaja lain.
Penerbitan kartun Pony ini telah dilakukan pada tahun 1981. Sebutannya diubah dua kali iaitu My Pretty Pony pada 1981 dan ditukar kepada My Little Pony pada 1982 Ia diterbitkan oleh syarikat Hasbro Inc yang terletak di Amerika Syarikat. Syarikat ini menerbitkan pelbagai iconik karaktor karton dan games antaranya ialah Power Ranger, Monopoly, G.I Joe dan Transformer.
Pelukis illustrasi fantasi Unicorn ialah Bonnie D. Zacherle lahir pada tahun 1946. Ciptaan imaginasi Pony yang disesuaikan menjadi kesukaan kanak-kanak perempuan ini dicipta dengan 7 karaktor dengan nama Pinky Pie, Twilight Sparkle, Rainbow Dash, Apple Jack, Futtershy dan Rarity.
Bonnie D. Zacherle, pelukis illustrasi Pony.
Karaktor ini boleh dikenal pasti dengan tanda dibahagian peha unicorn seperti bintang, mata yang mengerlip seperti permtan juga ekor yang panjang dan berwarna warni.
Banyak merchandise dijual dengan tujuh karaktor ini dan siri television dan filem juga diterbitkan. Karaktor ini juga pernah diberi label mempromosi feminism dan peminat karaktor ini juga terdorong kepada girly girl.
Oleh kerana pendedahan kepada TV, Youtube dan merchandise yang cute. Jadi bila aku tanya Yona dia nak birthday cake apa? Dia terus jawab hendak Pony cake. Jadi gigih si ibu menempah cake untuk memenuhi permintaan hati si kecil comey ni.
Hasilnya jadilah Pony Cake ini. Cuma bila Yona balik dr school, saya tanya mana Pong Cake nak makan. Dia kata dah habis. Saya buat-buat sedih, dia terus rasa bersalah dengan menutup muka.
Happy 5th Birthday anakku… semoga terus membesar dengan solehah dan berjaya dunia dan akhirat.