Travel di Korea


Saya hanya berada 4 hari di Korea atas urusan kerja.

Namun saya percaya bahawasanya ramai penggila drama Korea menginginkan ke sana untuk melihat keindahan, budaya juga makanan di Korea.

Saya sendiri pada mulanya tidak teruja dapat ke sana. Ini kerana saya bukan peminat drama Korea atau Kpop. Kadang saya terfikir apa yang menarik sangat pasal drama bersiri Korea dan apa yang istimewa artis Korea. Saya ada juga membaca yang artis -artis Korea banyak repair muka. Jadi apa keistimewaan Korea ini.

Kalau drama korea saya paling ingat Winter Sonata dan maybe dua tahun lepas rasanya saya ada menonton Goblin. Tapi Goblin ni saya frust sebab ending dia simple sangat. Selalu ending benda yang tidak disangka atau disangka kalau ikut jalan cerita.

Oklah. Saya hendak bercerita mengenai perjalanan di Korea itu, pertama kalinya saya teruja sebab saya akan ke sana pada musim sejuk. Jadi saya berdoa agar diketemukan dengan salji. Jadi pekara pertama saya lihat whether forecast selama 4 hari saya di sana. Nyata rupanya Allah itu perancang yang benar. Saya ditemukan dengan salju selepas keluar dari airport Incheon. Airport yang pernah diberikan anugerah best airport. Mula saya sampai memang laju semua bagasi lalu depan saya. Juga ketika pulang dari Korea melalui kedai-kedai di dalam airport saya terlihat persembahan pentas lagu traditional Korea. Saya tidak tahu makna setiap bait-baik lagu tu, tapi bunyi dan expresi muka penyanyi tu kelihatan sedih.

Al kisah sampai sahaja saya di airport Incheon selepas perjalanan selama 6 jam itu, saya hanya memakai baju nipis. Baju-baju tebal semua dalam beg bagasi yang besar. Namun saya silap kerana keluar sahaja dari airport itu, mulut berasap macam hisap vape. Mula-mula saya teruja. Kemudian ketika menunggu bas kelihatan seperti hujan namun nyata hujan yang berwarna putih itu adalah hujan salji. Apa lagi menari dalam saljilah kami bersama rakan wartawan media yang lain.

Hari pertama kami penuh keterujaan. Masakan tidak salji menyambut kedatangan kami. Sejuk -15 celcius ini adalah tersejuk sejak 7 tahun yang lalu. Da alangkah gembira dihati. Namun hari pertama kami dikejutkan dengan makan malam yang memang bukanlah kena pada tekak saya dan beberapa rakan lain. Namun ada seorang rakan kami yang bangsa Portugis India makan licin. Makanan yang saya masih jelas dalam ingatan namanya adalah bimbibab. Yang dalamnya ada isi ikan separuh masak, taugey yang banyak, isi ala-ala kepah juga beberapa sayur direbus.

Diatas meja tersedia makanan ringan sebelum datangnya main dish. Di atas meja tersedia kubis segar, sweet potato, juga kalau tidak silap saya lepas itu datang ikan rebus. Jadi saya makan ikan rebus itu sahaja juga bersama main dish saya yang ada telur ikan. Bagi yang ingin ke Korea pastikan anda seorang peminat sayur segar juga seorang yang explore makanan Korea.

Kami tinggal di hotel ini selama empat hari yes best accomodation dia. Bersih dan dekat juga dengan mini market kalau malam-malam lapar hendak cari makanan segera.

Kemudian hari ke 2, ops tips penting adalah bagi yang hendak ke Korea pastikan anda menukar duti Malaysia Ringgit ke Won di Malaysia. Kerana di Korea pembelian Ringgit rendah serendah 2.6.

Malam hari ke dua kami ke Dongdemun, kedai yang dibuka sehingga jam 5 pagi. Namun train hanya ada sampai jam 12 malam. Jadi kami balik ke hotel sebelum jam 11 malam. Agar sukar sedikit bercakap dengan orang Korea sebab kebanyakkan mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Tapi dunt worry ramai aja orang Melayu anda akan jumpa. Tapi ada juga yang boleh cakap bahasa Inggeris.

Anda perlu pandai membaca map train – hendak naik station mana dan turun station mana. Anda perlu membeli tiket dimesin yang ada distation. Tiket tersebut boleh kita reedem sekiranya kita dah tak nak naik train. Bestkan.

Ok kita sambung part 2 and 3 kemudian sebab da mengantuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s