Selfie & Kegilaan Remaja


Minggu lalu, kecoh hal 8 remaja memanjat mercu tanda IPOH. Habis baca viral dan tengok gambar budak-budak tu datang kemarahan aku. Dalam hati kata aku tengok orang Bangladesh di office aku lagi elok. Sebab kalau mereka habis kerja mereka akan susun-susun Surat Khabar tak pun akan bersosial dengan kerabat mereka kat Malaysia ini.

Pelbagai komen dan hentaman yang mereka terima. Malah komen salah seorang remaja yang selfie berbahaya ni ialah jangan hukum mereka seperti mereka membunuh orang. Alahai dik ceteknya fikiran awak.

Tidakkah awak fikirkan lebih daripada itu. Sekiranya awak jatuh apakah hukumnya. Tidakkah malu ayah dan ibu kalian kerana tidak bertanggungjawab dengan perbuatan kalian. Pandangan saya janganlah buat hobi atau kerja yang sia-sia. Sebab jauh daripada itu, kita akan ditanya nanti kelak disana apakah masa kita gunakan dengan baik.

Hari ini lagi berita dua orang remaja memanjat menara komunikasi di Bukit Chendering, Kuala Terengganu. Menara yang tinggi 500 meter dari paras laut dan angin yang kuat membolehkan mereka jatuh.


Ini lagi satu hobi pelik remaja masakini. Pergilah buat aktiviti extreme macam wall climbing ker. Sebab anda akan sentiasa diawasi oleh mereka yang profesional dan dipakaikan alatan keselamatan. Ini kalau anda pergi panjat dengan angin kuat tu, kalau hang mati katak macam mana.

Buat remaja carilah teman yang mendorong kita membuat kebaikan dan manfaat.

Ini kalau hang memanjat tinggi, kemudian niat hendak viral pastu kalau ada suddenly terjatuh. Tidakkah menyesal nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s