Ada perasaan rindu untuk aku singgah ke blog ini.
Rindu mahu menulis dan share pekara yang baik-baik untuk pembaca blog. Sekarang baru terasa benar-benar rindu menulis. Dulu ada juga mengasah bakat menulis dengan melihat beberapa skrip rakan wartawan dan menjadi editor menambah baik story yang hendak keluar diTV. Ada beberapa rakan lama yang jarang blogging. Ada yang aktif di FB. Ada yang giat menulis buku. Ada juga pulun menulis puisi.
Nahhh. Setelah 12 tahun berada di dalam bidang kewartawanan aka penulisan majalah TV juga dokumentari, rupanya kerinduan menulis itu akan datang dengan sendiri. Saya rindu menulis rupanya. Saya mula rasa rindu apabila membuka ruang FB, skrol dan baca updates News atau cerita viral serasa perasaan rindu menulis tiba.
Jadi saya singgah menulis disini. Saya bukan penulis profesional yang punya follower tetapi saya fikir di dalam ruang blog ini pastinya akan menjadi kenangan-kenangan saya apabila saya tua atau sudah tiada.
Malah rungan ini terus kekal dan dibaca oleh anak saya Fiona Nur Fatimah. Now she is 4 years old. She’s such a lovely daughter. Always asked me, mommy are you happy? Mommy are you angry? Pertanyaan ini akan selalu ada sekiranya ada sesuatu keadaan yang mengundang marah. Contoh apabila Yona tidak sabar dengan sesuatu keadaan. Contoh mahu dibelikan ice cream tapi dia tidak sabar menjilat ice cream atau dia masih tidak tidur diluar waktu tidur. Hari ni, di jam ini dia masih tidak tidur. Sekarang sudah jam 1 pagi. Dia masih menyusun block di dalam gelap.
Hari ni beberapa aktiviti saya lakukan dengan anak Kecil ini. Antaranya ialah mewarna. Beberapa research yang saya baca, aktiviti mewarna kanak-kanak berumur 4 tahun membentuk soft skills dia. Antara lain ialah aktiviti ini membantu kreativiti si kecil. Si kecil yang melukis akan mampu membuat keputusan kecil seperti pemilihan warna dan yakin dengan warna tersebut.
Selain itu mewarna juga mampu membuatkan si kecil berjaya dalam hal keseluruhan aspek dimasa akan datang.
Mewarna juga membentuk critical thinking. Si kecil akan bijak memilih pekara yang betul dan salah. Sebagai contoh logiknya meletakkan warna hijau untuk pokok dan warna merah untuk bunga.
Dalam proses menyudahkan lukisan, si kecil akan gembira dan bangga dengan hasil kerja tangan mereka. Kata – kata penghargaan yang diterima akan menaikkan semangat si kecil untuk explore pelbagai pekara dimasa hadapan. Selain itu komunikasi antara anak dan ibu atau cikgu akan bertambah baik.
Selain itu si kecil juga dikatakan mempunyai stressnya yang tersendiri. Oleh itu dengan kaedah mewarna, stroke-stroke warna yang dilakukan mampu memberi relief kepada si kecil.
Akhir kata, dengan meluangkan sedikit masa sebagai contoh 1 jam mewarna dengan si kecil mampu menceriakan keadaan rumah. Dan menjadikan si kecil mempunyai critical thinking towards the future.