Hari ini genap 3 hari masuk tahun baru.
2017. Hari pertama bekerja. Aku ingin berkongsi pengalaman berjumpa dua figura yang berjaya dalam dunia mereka.
Pertama Ahyat, Pakar Pemilikan Harta. Kedua ialah Dato’ Dr. Muhamad Daud Bakar, Pakar Kewangan Shariah no.5 dikenali antarabangsa.
Tiga jam bersama dua orang figura ini, aku dapat simpulkan bahawa kita kena ada ilmu untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Ahyat memberikan beberapa tips kejayaan.
Antaranya, hari ini pemilikan harta dilihat oleh golongan muda bukan sesuatu yang menjadi keutamaan. Golongan remaja secara majoritinya suka memberi aset kereta mahal daripada memiliki rumah sendiri.
Selain daripada itu, antara tips kejayaan kita seharusnya clear di dalam misi kehidupan dan kedua mestilah obses di dalam apa sahaja yang dilakukan oleh kita. Dalam perbualan bersama Dr. Daud Bakar. Saya bertanya 2 soalan.
- Saya melihat jika kita makan gaji, kenaikan gaji setiap tahun tidak cukup untuk memenuhi impian kita. Sebagai contoh memiliki rumah idaman atau pemilikan harta yang banyak. Kita hanya mencapai KPI dengan kerja tahunan, anda tidak boleh meningkatkan pendapatan dua kali ganda dalam masa 3-7 tahun.
- Soalan kedua ialah, adakah ekonomi Malaysia pada masa ini teruk. Dan apa indikasi ekonomi yang menguncup ini?
Soalan pertama saya dijawab oleh Ahyat.
Pertamanya kita perlu ada primary income dan multi income. Pekara ini tidak mudah. Sekiranya kita ingin berjaya dan memenuhi wishlist kita, kita harus bekerja luar biasa. Maksudnya we must work hard to get what we want. Setiap hari kita melihat iklan handbeg mahal, rumah idaman, baju yang mahal etc. Semua keinginan ini akan muncul setiap hari. Namun adakah kita sedar kita tidak bertindak luar biasa di dalam mencapai apa kemahuan kita. Kita kerja biasa-biasa dari 9 pagi sehingga 6 petang.
Anda di dalam bidang media, anda tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan dua kerja di dalam satu masa yang sama. Namun kita mesti memperuntukkan masa untuk mendapat income yang luar biasa.
Sekiranya anda sedar bahawa anda menyusun plan mempertingkatkan ekonomi keluarga anda perlu bertindak luar biasa. Sebab tidak semua daripada kita melakukan pekara ini. Selain itu anda perlu menuntu ilmu dan melihat peluang yang ada. Jangan menunggu peluang. Anda perlu mempunyai connection. Connection ini bermaksud anda perlu menemui sifu/ guru untuk membuat anda lebih terarah.
Kemudia anda perlu tulis wishlist anda di dalam satu kertas. Sebagai contoh jika anda ingin bertemu rakan anda, rakan anda perlu memberi alamat dimana dia berada. Ini sama konsep dengan wishlist akan membawa anda ke satu arah yang lebih baik. Jadi tulis wishlish dan anda akan sedar senarai wishlist anda tidak akan lebih daripada 15 dan wishlist ke 16 anda akan lihat anda akan merepek menulis impian anda. Ada rasionalnya Anyat ini.
Soalan kedua saya dijawab oleh Dr. Daud Bakar.
Beliau memaklumkan bahawa bisnes ini mempunyai circle. Anda akan merasa sukar dan berjaya dengan cemerlang. Nyata figura ini menempuh satu masa sukar apabila beliau yang merupakan bekas Timbalan Rektor UIA ini, keluar dari zon selesa dan membuat syarikat sendiri. Profile beliau ialah merupakan penasihat Shariah dan pakar dalam kewangan Islam. Beliau diiktiraf dinegara Arab. Dan syarikatnya adalah Amanie Advisors Sdn Bhd.
Orangnya bijaksana dan berpewatakan soft spoken. Juga beliau berasal dari Kedah. Anak Kedah ini menulis sebuah buku bertajuk Minda Shariah. Really good read for those yang hendak belajar mengenai pengurusan kewangan Shariah.
Pada masa itu selang setahun recession berlaku. Income syarikat RM1 pun tiada. Pada masa itu beliau berjumpa dengan beberapa rakan dan meminta pendapat mengenai kewangan syarikat.
Nyata dia mengatakan bahawa anda perlu menempuh waktu sukar untuk belajar sesuatu. Hari ini saya hadir di tingkat 33 pejabat beliau di Binjai Kuala Lumpur. Kini syarikat ini mempunyai pejabat di Dubai dan serata negara menguruskan kewangan shariah.
Sewaktu saya lalu dilorong pejabatnya itu, saya lihat beberapa award disusun rapi di dalam gelas almari. Antara yang saya masih ingat ialah pengurusan aset 100bilion. Juga beberapa aturan cenderahati antarabangsa dan gambar beliau.
Wah dalam hati berkata, saya juga ingin berjaya seperti masa dua figura ini berjaya.
Doa saya tahun 2017 lebih membuahkan hasil kerana dengan ekonomin yang menguncup kita perlu create opportunities. Jangan menunggu dan duduk goyang kaki sambil minum kopi.
Cakap banyak tidak berguna. Kita perlu kemaskan langkah menjadi lebih baik dari tahun yang sebelumnya.