Penting ke ASID FOLIK ni?


Sedang dalam perjalanan.

Lady 1 : Saya dah lama tidak makan asid folik, ada beberapa ubat lagi saya alergik salah satu, iron tablet.

Lady 2 : Awak boleh ke telan, ubat besar-besar tu?

Lady 3 : Awk beli supplement dari jenama XXX ni, saya masa mengandung memang ambik supplement jenama XXX.

Aku : Diam sahaja.

Lady 1 : Saya ni jenis tak boleh makan apa sahaja makanan yang ada santan.

Aku : Eh saya sampai bulan ke -7 masih mabuk. Dan selepas habis bulan ke-7, terus melantak makan banyak.

Lady 3: Eh awak kena makan asid folik sebab membantu pembesaran baby.

Ini perbualan mommy muda mengenai kepentingan supplement dan lebih spesifik Folik Asid. Ini saya senaraikan kepentingan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda.

Asid folik seharusnya diambil 3 bulan sebelum kita menikah. Supaya badan kita bersedia menerima kehadiran orang baru dalam badan dan rumah kita.

Jadi kepada mommy muda, anda dinasihatkan makan ubat atau supplement mengikut masa yang dijadualkan ya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s