Sekadar waktu….


Dari kegelapan malam. Sebuah pesanan ringkas aku terima. 

Terkejut. Perasaan bercampur baur. Perasaaan yang mana harus ikutkan. Zaman muda aku, sangat gangsi, berseluar koyak dan pernah juga bercampur dengan budak-budak Punk atas tanggungjawab kerja. Aku juga punya hati yang raskal. Aku juga mampu menerkam seperti harimau jadian.

Kemarahan yang bagaimana harus ikutkan. 2 hari aku mencari ketenangan. Aku bertanya sahabat-sahabat apakah cara paling terbaik yang perlu aku lakukan? Aku sudah dewasa. Tahun ini 34. Mana mungkin tindakan aku seperti budak 13 tahun atau kejadian berumur 24 tahun harus diulang-ulang.

Perjalanan hidup aku sudah jauh. Jauh bertemu mereka- mereka yang aku lihat bersinar dan basah mukanya kerana sentiasa berada di dalam keadaan bersedia solat. Aku juga mendengar pelbagai halaqah antaranya Mufti Menk, Ust Wael Ibrahim, Haleh Banani dan banyak lagi. Mana mungkin sedikit ilmu dia tidak pernah singgah di dalam jiwa aku. Mana mungkin aku menganggap dunia ini bersifat kekal. 

Nyata. Kemarahan aku reda. Aku doakan ketenangan sentiasa milik aku dan dia. 

Aku memohon agar sentiasa diberi perlindungan dan kekuatan dari Allah SWT untuk menjadi seorang wanita solehah. 

Aku tidak mahu tunduk kepada nafsu amarah. Aku mahu nafsu amarah ini tunduk kepada aku. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s