Sehari sebelum birthday ke-33


Lihat number 33 tu. Alhamdullilah.

Diberi kesihatan yang baik dan kesejahteraan dalam segala urusan.

Melihat number ini saya menilai kejayaan dan kegagalan yang pernah saya lakukan.

Kejayaan dan kegagalan itu definisinya luas. Kitalah yang menentukan bagaimana mengukur dan meletakkan tanda aras di dalam sesebuah pekara.

Saya ada kalanya masih gagal untuk menunaikan solat 5 waktu. Saya seringkali terikut bisikan syaitooon agar tidak mendirikan solat. Saya juga gagal melawan amarah saya di dalam beberapa hal. Ini dapat dilihat apabila Yona sendiri mengalir air matanya apabila saya meninggu suara dek kerana letih selepas pulang dari kerja atau pulang dari kelas.

Nyata kegagalan- kegagalan ini  tidak lagi diulang pada tahun hadapan. 

Kejayaan saya pula hendak diukur masih lagi jauh. Sukar menjadi bonda terbaik. Saya akan mencari ilmu agar Yona menjadi seorang yang fast learner. 

Kejayaan di dalam kerja? Sukar untuk saya tafsirkan. Bila company sendiri tidak membuat kpi selama hendak masuk setahun. 

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari Putrajaya saya sesat. Jauh saya sesat. Sebab fikiran melayang melihat satu jalan yang panjang itu. Saya mohon agar Allah SWT sentiasa memberi kekuatan dalam segala hal. 

Happy Birthday Ina dan Happy New Year 2016. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s