7 Okt lalu, kisah Al Marhum Tunku Jalil disiarkan di program Dr Muhaya Dot Com. Temuramah ekslusif ini dijalankan untuk sebuah episod yang bertajuk mengatasi kanser.
Saya bertuah kerana dapat mengenali anak raja ini dengan lebih dekat. Usai pengambaran di Hospital Sultan Ismail , kami satu tim bergerak ke sebuah hotel untuk menemuramah almarhum.
Yang masih jelas dalam ingatan saya apabila berhadapan dengan TJ buat kali pertama, saya terus memperkenalkan diri dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi untuk menjayakan rancangan ini. TJ berbisik kepada saya katanya im a camera shy. Soalan haruslah diberikan terlebih dahulu. Jadi saya mengatakan iya saya akan memaklumkan apakah soalan- soalan tersebut.
1 jam berada di wad 4 itu, saya lihat TJ begitu rapat dengan salah seorang pesakit kanser testikal iaitu Azman. Melalui temuramah bersama Azman, dia senang bersama TJ walau tahu dia seorang anak raja.
Di dalam temuramah itu, TJ mengatakan bahawa we share the same experince, live as a cancer patient. Di sini saya lihat TJ segar dan kelihatan bersemangat bercerita perihal dunia dia dan dunia Azman. Terdetik di dalam hati, kekuatan apakah yang menyebabkan anak raja ini kelihatan begitu ceria. Namun sepanjang temuramah, ayahanda Sultan Johor dan permaisuri Raja Zarith Sofia serta adik beradik yang lain menjadi kekuatannya.
Almarhum menceritakan dia tidak mahu dilihat sakit dan tidak mahu seluruh keluarganya itu bersedih. TJ menyatakan dia akan tersenyum dan menahan sakit apabila berada disamping keluarga tercinta.
Bonda permaisuri sentiasa setia menemani almarhum sewaktu menjalani rawatan kimoterapi. ” saya rasa bersalah setiap kali buat rawatan, ada satu ketika bonda permaisuri hanya berbaring dikerusi kayu dan kepalanya beralas selendang,” menjawap soalan saya.
Antara bicara almarhum ialah dia sedang mengusahakan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor untuk memberi peluang kepada warga Johor yang mengidap kanser mendapatkan rawatan kanser.
Almarhum seorang insan yang berjiwa rakyat. Masakan tidak, kita sukar untuk melihat anak raja lain yang sebegitu.
Saya yang salah seorang follower instagram TJ selalu melihat Almarhum makan di sekitar Muar dan membuat ABC digerai.
Dalam satu temubual bersama permaisuri Raja Zarith Sofia, dia sememangnya menggalakkan anaknya mendekati rakyat. Permaisuri menyatakan antara sebab almarhum masuk polis adalah agar anak-anaknya menghormati orang yang lebih tinggi pangkatnya. Ini dilakukan agar anakandanya mempunyai displin dalam sesebuah organisasi.
Saya juga pernah menonton satu temubual khas bersama Sultan Johor, ketika didiagnosis sakit kanser, dia memberitahu kepada permaisuri, apakah cara dan rawatan terbaik untuk anakandanya itu. Katanya lagi dia bertuah kerana dilahirkan anak raja, ubat yang terbaik diberi agar anakandanya bebas daripada kanser hati. Di dalam temuramah ini Sultan Johor menitiskan air mata. Saya juga mengalir air mata, mendengar kata-kata Sultan Ibrahim ini.
Segala yang terbaik telah diberikan. Namun Allah SWT adalah sebaik- baik perancangan.
Semoga TJ tenang disana.
Al Fatihah.