Survey yang aku sendiri buat.
Ramai yang tidak suka dengan GST ni. Sejak 1 April 2015 yang lalu, pelbagai reaksi negatif yang diperoleh.
Aku saja sejak dua minggu lalu dok pegi beli barangan dapur kat kedai apek depan rumah. Bukan main nak bising pasal GST ni. Katanya kita kena tukar kerajaan, kerajaan sekarang manyak teruk woah.
Aku pun sengih aja tgk apek tu membebel. Beberapa kawan aku juga tidak faham macam mana dengan pengiraan GST ni. Aku sendiri juga konfius. Dah ada GST 6 per cent lepas tu ditambah 10 per cent tax services. Jadi 16 per cent kita kena bayar. Instead of tax sebelum ini bayar 10 peratus kena bayar 16 peratus pulak.
Hish geram gakla…
Dengar pula Ahmad Maslan kata laksana GST … Kita happy.. Harga barang turun.. Kita happy…
Ramai gakla marah lepas tgk talk dia. Hurmmm… Kenapa kempen penerangan mengenai pengiraan GST ini gagal? Rakyat marah sebab harga barang semakin hari semakin naik. Kena pula GST.. Memang makin marahla.
Yang gaji besar memang tidak akan terasa sangat. Tapi yang mcm aku ni terasa gakla. Nak beli top up, nak keluar duit kat mesin ATM, nak beli air kotak.. Nak rasa makan keropok pringles.. Semua kena GST.. Aiyooo.