Saya tidak menonton ABP2014. Namun isu cium Ozlyn dengan suaminya Johan Raja Lawak pada malam anugerah itu lebih panas dari cerita kejayaan pemenang ABP2014 itu sendiri.
Ozlyn tetap dengan pendirian bahawa perbuatan bercium sebegitu sudah menjadi budaya keluarga mereka. Bagi Ozlyn juga dia tidak merasa perbuatannya salah kerana sejurus dinobatkan sebagai pemenang kategori penyampai radio popular Johan terus membuat tindakan menciumnya.
Bagi isteri Johan lagi, perbuatan itu tidak mengairahkan dan kenapa perbuatan itu dipersoalkan.
Personally pendapat saya pekara ini tidak seharusnya berlaku kerana ianya mempromosi budaya orang kulit putih yang gemar bercium dikhalayak ramai, Tidak perlu kita memperlihat kemesraaan kita dihadapan kamera just because we’re too cool for that! Memang awkward la dengan adegan yang macam tu.
Fikirlah benda yang baik untuk dipertontonkan kepada setiap lapisan masyarakat.
Sebelum isu cium itu, pekara baik yang discoope oleh wartawan hiburan yang lain ialah bila Neelofa mengelak daripada bersalaman dengan pengurus (lelaki) ketika di pentas Anugerah Meletop. Neelofa belajar kesilapan apabila sudah berhijap, isu dia bersalaman dengan Datuk AC Mizal dan juga Micheal Ang. Wah bravo Neelofa. Semoga Neelofa terus istiqomah dalam menjaga aurat dan perilakunya.