Just scroll my FB. Then popup newsupdate dari Awani tajuk berita Menitis airmata Emma Maembong saat ditanya status sebenar dengan Zizan Razak.
Kes diaorang breakup pastu sambung semula, pastu sebab Zizan nak beli Ferari ( orang dok kata kereta jenis tu) mcm nonsense aja. Bagi aku yang ada pengalaman bercinta ini jika sebab benda kecik ini memanglah partner kita tu belum matang buat keputusan.
Emma masih cantik dan berpeluang untuk dapat lelaki lebih baik dari Zizan. Dan for Zizan its another way aroundlakan.
Emma Maembong atau nama sebenar Fatimah Rohani merupakan seorang model sebelum giat berlakon.
Dia popular dalam watak sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah.
Emma adalah anak kesembilan daripada 11 adik beradik. Bapanya Bangsa Melayu dan ibunya Scottish. Patutla kulitnya dan raut wajahnya macam orang putihkan. Bapanya adalah seorang pelukis. Emma juga mempunyai bakat melukis seperti bapanya.
Hasil seni mereka ini diletakkan disebuah galeri seni yang dinamakan Galeri Seni Maembong.
Point menarik mengenai Emma ini ialah dia bersekolah hanya sampai form 2 dan dia hanya menghabiskan masa membuat kerja- kerja rumah masa kecilnya. Dia juga tidak mengambil SPM kerana mahu mengikut jejak langkah ayahnya.
Tentunya Emma ini punya ambitious seperti bapanya.
Klah bye.