Saya faham sekali seseorg itu menagih dadah sukar untuk dia terus meninggalkan ketagihan itu.
Benar. Mungkin orang akan berkata yang penting kekuatan hati dan jiwa mampu merubah tabiat kita. Tapi sejauh mana kekuatan kita itu? Sebagai contoh Benjy masuk hari ini sudah empat kali dia ditahan oleh polis kerana memiliki dadah jenis syabu.
Benjy yang dahulunya terkenal dgn lakon drama siri kini tinggal dipondok keselamatan kerana menjadi hamba dadah. Apa sudah jadi wahai Benjy…
Dia ditangkap bersama seorang wanita.Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabitkesalahan.
Ini realiti jerat dadah.
Semoga Benjy menemui jalan pulang.
Teringan abg Jamal Abdillah yang sehingga kini masih bergelut untuk keluar dari dunia ketagihan dadah.