Food Review Chinese Food


Minggu lalu, saya dijamu dengan masakan Cina Muslim yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Saya mula mengemari masakan Cina Muslim ini apabila saya menjamu selera di restauran Homes yang terletak di Sunway Damansara.

Cukup kena dengan citarasa saya hidangan butter prawn, sup tauhu, dan daging masak tauchu yang melazatkan. Dan tidak dilupa ialah menu sup ketam. Saya sendiri pernah cuba memasak sup ketam ini kerana sup ini sesuai untuk dimakan oleh baby saya yang berumur setahun 2 bulan sehinggalah sekarang.

Memang kos untuk makan direstoran Cina Muslim ini agak mahal berbanding restoran biasa. Namun setelah berpenat dan stress kerja, apa salahnya kita beri award untuk badan kita merasa zat- zat yang lazat itu.

Anggaran kos makan berdua direstoran Cina Muslim ialah RM60- 80. Jadi kalau gaji saya gemar untuk ke sini bersama suami dan anak.

Berbalik kepada restoran yang terletak di Seksyen 7 yang diberi nama CIQ itu, menu kambing goreng memang mavelous. Juga rasa ikan siakap masak lemon juga sangat sedap.

Oleh kerana cuaca panas yang dijangka melanda sehingga akhir bulan Mac 2015 ini, saya dan rakan memilih untuk minum teh Cina. Teh Cina yang disediakan juga berlainan dengan teh Cina yang pernah saya minum sebelum ini. Ada kurma merah, ada buah mata kucing dan teh herba. Tentunya ia akan mendetox badan saya ini.

Saya diperkenalkan kepada salah seorang share partner kedai CIQ ini. Solehah namanya. Cerita dia masuk muslim dan tanah besar Cina cukup memberi inspirasi kepada saya. Dia bergabung dengan beberapa orang rakan- rakan revert yang lain untuk mengusahakan restoran ini.

Antara perbualan menarik antara kami ialah mengenai keunikkan mee tarik dan rasa air yang sangat berbeza dengan kampung dia di Cina.

Katanya air di kampung halamannya rasa soft dan air di sini rasa sharp. Dan phase yang suka saya kongsikan ialah muka sesetengah masyarakat dikatakan sama kerana mereka minum air dari sumber yang sama.

Setelah 2 jam duduk makan dan saling kenal mengenali kami pun pulang dengan perut yang penuh.

Terima kasuh Solehah kerana belanja kami makan pada hari itu.

IMG_0064

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s