Pengalaman Bersalin


Alhamdullilah …Allah SWT mendengar setiap doa saya untuk melahirkan anak dengan berat 4.3kg. Kurr semangat! Bak kata nurse yang menyambut baby saya itu. Macam bayi 2 bulan.

Beberapa jam selepas lahir

Beberapa jam selepas lahir

Dan syukur anak saya sihat dengan berat sudah mencecah 6kg walau masih dua bulan. Kurr semangat.

Write up kali ini saya throwback proses bersalin.

Saya telah melahirkan anak dengan lewat 9 hari dari tarikh EDD yang diberikan oleh doktor.9 hari ini saya lalui dengan pelbagai perasaan. Perasaan yang kadang kala takut, kadangkala berani dan bersemangat dan kadangkala rasa seperti ajal mahu menjemput.

Sehari sebelum bersalin saya sudah turun darah. Nama scientificnya ialah show. Show ini sebagai tanda jalan sudah dibuka.

Cuma berapa besar dan lama itu – terpulang kepada sistem badan seseorang itu. Seperti saya ini jalan dibuka sebanyak 2cm selama lebih dari 11jam. Pada masa ini sakit mendatang 5 minit sekali.

Bila rasa sakit selepas show keluar?

Sakit selepas show keluar adalah selepas 9 jam. Sepanjang 9 jam saya dok berfikir bagaimana rasa sakit itu. Dan jengjeng sakitnya seperti sakit period yang boleh ditahan. Tapi contraction akan datang tidak lama selepas itulah.

Apa perlu dibuat lepas show keluar?

Selepas show keluar, saya tidak terus ke hospital. Saya duk diam-diam dan research bagaimana sakit nak bersalin. Hehehe. Selepas 7 jam saya terus ke hospital kerana bimbang kalaulah terberanak dirumah.Sebab 1st baby tidak ada pengalaman tahu adakah proses bukaan akan lama atau cepat. Namun menurut mak mertua saya, yang merupakan bekas matron dan mempunyai sijil boleh bersalinkan wanita. Dia kata akan lama proses bersalin dan tunggu 3 cm lepas tu bolehla bergerak ke hospital. Tapi saya takut dan ingin terus ke hospital ( degilkan!)

Tik tok tik tok

Tik tok tik tok

Menunggu bukaan…

Dari pukul 6 petang admit sehingga 4pagi esoknya bukaan saya hanyalah 2cm. Ketika ini perasaan saya kecewa sebab bukaan terlalu lambat.  Sakit contraction setiap seminit. Mungkin sudah overdue jadi sakit terus menerusss.

Diinduce…

Dr memang plan nak induce saya pada hari ke-10, jadi pagi itu saya dimasukkan ubat dibon*** untuk buang semua bahan tidak pakai agar meneran tidaklah terkeluar benda tidak patut keluar. Saya dipecahkan ketuban selepas masuk ke dalam labor room. Rasa macam panas aja mengalir kat bawah tu selepas ketuban pecah. Tapi masa tu tidaklah sakit sangat, Boleh taha.

Selepas 10 jam tidak bersalin…

Selepas bergelut kesakitan selama 10 jam datang seorang doktor pakar memberi nasihat untuk operation sebab masa terlalu lama diambil untuk saya deliver. Tanpa mengambil epidural itu sesuatu yang sukar untuk saya meneruskan proses deliver. Doktor pakar memberi masa 30 minit untuk saya push. Jika baby tidak keluar saya akan operate!

Selepas 15 minit…

Fiona Nur Fatimah

Fiona Nur Fatimah

Saya pun bersalin. Selepas saya meminta diberikan air suam. Saya pun terus push!

Hehehe.

Kepada wanita yang sudah di 3rd trimester diluar sana. Selamat Berjuang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s