Hari pertama di Krabi. Flight jam 7.15 pagi, keluar rumah 3 pagi. Sampai hotel Sleep Whale jam 8.15 pagi. Bila beli tiket murah haruslah flight pagi. Dan kami tidak boleh check in sebab hotel check in jam 12 tengahari.Jadi aku dengan muka selamba tidur dikerusi depan receptionist. Parah. Owh ya, bagi yang pertama kali ke LCCT 2 macam aku ini, anda janganlah lambat untuk ke airport. Jauh jugalah perjalanan hendak sampai ke kaunter check in. Berpeluh jugalah nanti berjalan. 2 jam awal sudah tentu kena ada di sana. Namun bagi yang sakit kaki atau bawa baby anda boleh naik buggy. Kembali ke cerita sampai hotel di Krabi. Setelah setengah jam baring dikerusi depan lobby dan mungkin kasihan dengan kawan aku dgn baby 7 bulan tu. Receptionist bagi check in awal 1 bilik. Aku pun tumpang singgah sebentar kat bilik dia. Huh lega. Banyangkan sudahla bangun di awal subuh jam 3.00 pagi. Mana tidak letih! OWH yaa untuk tiket kapal terbang pakej sekali dengan harga hotel. Jadi total RM 350 seorang bayar kat AirAsiaGo. Lagi bagus kalau beli masa ada promosi. Tapi sekarang ini agak suam-suam kuku la promosi. Atas sebab -sebab ekonomi agaknya. Bagi yang merancang percutian bajet, cash yang disarankan oleh aku dalam range RM 600 pun dah cukup. Sebab kat Krabi ini bukanla heaven shooping ianya hanya heaven untuk island hopping sahaja. Layan pantai, laut dan gua-gua yang cantik.
Ok lepas check in, kami keluar pegi mencari makan tengahari, tapau sahaja. Dalam masa pencarian payah nak communicate sbb penduduk sini tidak tahu berbahasa Inggeris. Jadi main tunjuk-tunjuklah hendak makan dan minum apa. Kita pun serba tahu yang kerajaan Thailand sangat menggalakkan rakyatnya bercakap Bahasa Thailand berbanding bahasa lain. Tapi jangan terkejut bila anda berada di sana, anda akan jumpa dengan ramai orang yang boleh berbahasa Melayu. Kebanyakkan mereka dari Selatan Thailand. Jadi hari pertama di Krabi. Kami lunch makan nasi goreng ayam yang serba serbi kurang rasa dengan harga 60 Bath (RM6). Harga untuk teh panas 20 Bath (RM2). Total tak sampai RM 10. Malam. Dinner kat Aonang Beach. Meriah. Kos makan tidaklah mahal sangat sebab kena survey kedai makan yang harga dia reasonable. Banyak juga kedai makan yang halal sepanjang pantai Aonang tu.
Kata member aku tidak macam pekan Phuket. Krabi lebih meriah dan lebih besar kawasan pelancongan dia. Puas berjalan di kedai-kedaim tiba masa pulang. Puas juga mencari kenderaan mahu pulang. Sebab semasa pergi ke Aonan Beach kami naik loco ( sebuah kenderaan macam harga seorang 60 Bhat (RM 6) . Murahkan.Tapi balik kena bayar 100 Bath (RM 10) . Sebab driver tu kata jauh dari pekan Krabi. Memang agak outcircuitla hotel ini sebab 3 km dari pekan Krabi. Harga sewa kereta dalam anggaran 1200 Bath (RM 120).
Fokus utama ke Pantai Aonang sebab nak cari pakej island hopping. Bagi yang merancang percutian bajet harusla melakukan survey harga island hopping ini. Sebab kalau rajin jumpalah pakej yang murah. Setelah disurvey-survey standard harga untuk ke 5 island hopping menaiki speed boat adalah 1000 Bath (RM100). Tapi boleh dapat murah sikitla jika rajin dok tanya sana sini.
Hari ke -2 Aku memilih untuk ke 5 island dengan harga 400 Bath (RM40) sebab naik long tail boat aka traditional boat Thailand. Murahkan. Jadi bagi yang membawa anak kecil dan warga emas juga ingin layan keindahan alam dan laut eloklah naik long tail boat.
Pakej ini akan bawa kita ke Tup Island, Poda Island, Chicken Island dan Phranang Beach. Perjalanan ke Tup Island mengambil masa 1 jam sahaja. Dan Pulau Pulau lain tu, hanya ambil masa dalam 20-30 minit sahaja.
Pertama sekali kita dibawa ke Tup Island dan Poda Island. Istimewanya ialah ada laluan pasir semulajadi menghubungkan kedua pulau tersebut. Kiri kanan laut.

Topi tu aku beli kat kedai Aonang. Harga RM15. Tapi boleh dapat murah kalau korang singah mana-mana kedai tapi bukan di Aonang Beachla. Boleh dapat RM10 jer sebenarnya.
Untuk pakej ini launch di sediakan. Tapi kalau sudah nama pakej bajet tentulah makanan pun simple-simple aja. Tapi yang penting halal. Krew long tail pun ramah -ramah belaka. Masa island hopping tu ada dua tempat yang boleh turun snorkeling. Dengan air yang hijau biru, gila teruja aku hendak turun menyelam bersama ikan-ikan laut yang cantik.
Ok. Lepas enjoy tengok ikan, laut dan scenery. Kita pun balik hotel. Malam ke pasar malam area town krabi. Dan singgah ke Pantai Aonang untuk mencari pakej naik gajah, emerald pool dan hot spring!
Dah abis ke citer? Citer nak tertinggal bot mane… haha. Nanti aku sambung
Hahahaha.. Itu kau ceritalaaa wey